adsense Kes Ragut Guru Silat Di Stesen Hentian Putra - Media Yang Hensem
Lazada Malaysia

Kes Ragut Guru Silat Di Stesen Hentian Putra


Wahai perompak & peragut, ingatlah yang langit kamu tidak selalu cerah. One day bila buku bertemu ruas, barulah hang tahu macamana rasanya makan nasi guna straw.

Tarikh : 12 October 2014

Masa : 1.30 PM

Tempat : HENTIAN PUTRA KUALA LUMPUR


Keterangan: Ayah saya En Ramli b Shafie umur 56 tahun asal dari Tawang, Bachok Kelantan sedang berehat di surau Hentian Bas Putra Kuala Lumpur setelah selesai menunaikan solat zohor sambil menunggu bas untuk balik ke Kelantan.

Ayah saya telah didatangi oleh seorang pemuda lingkungan umur 20-30 dan meminta duit dari ayah saya. Ayah saya menyatakan yang dia tiada duit, lalu pemuda tersebut mula bertindak agresif dengan mengeluarkan pisau dan mengugut ayah saya serta cuba menerkam beg ayah saya.

Pemuda tersebut menghunuskan pisau namun Alhamdulillah ayah saya lebih pantas dan merampas semula beg tersebut. Ayah saya sempat bergelut dengan pemuda tersebut menyebabkan tapak tangan ayah saya cedera terkena bilah pisau. Dengan izin Allah dan ayah saya juga seorang guru silat berjaya mematahkan serangan pemuda tersebut 'single handed'. Pemuda tersebut cedera teruk namun sempat melarikan diri dengan dibantu oleh seorang lagi pemuda bermotosikal yg telah menunggunya di luar Hentian Putra.

Berhati2 kepada semua pengguna Hentian Putra sekiranya anda ke Hentian Putra pastikan berteman dan sekiranya nampak pemuda mencurigakan laporkan pada pihak polis atau keselamatan. Ayah sy bernasib baik kerana beliau masih mampu melawan. Minta dijauhi dari perkara yg tidak diingini.

---------------------------------

Admin : Namun mujurlah pakcik ini adalah guru silat dan berjaya bolos ketika bergelut dengan penyamun haprak ini ! Betapa pentingnya ilmu seni mempertahankan diri sekarang ! MASIH BELUM TERLAMBAT UNTUK KITA SEMUA BELAJAR !




0 Komentar untuk "Kes Ragut Guru Silat Di Stesen Hentian Putra"

BORAK-BORAK HENSEM



POST BARU DAN PANAS !!!

- POLITIK FITNAH SEMAKIN MENJADI-JADI ANTARA PAS & UMNO DI MUSIM BANJIR !!! >>> KLIK
- GEMPAR !!! BUNUH DIRI KETIKA BANJIR AKIBAT TERTEKAN !!! >>> KLIK
- PENDEDAHAN !!! BENARKAH INI PESAWAT AIRASIA QZ8501 YANG DIKATAKAN TERHEMPAS ??? >>> KLIK
- KELU !!! TEAM SUKARELAWAN MAKLUMKAN RAMAI YANG TERKORBAN AKIBAT LEMAS !!! >>> KLIK
- SAYA BERMAIN GOLF DENGAN OBAMA DEMI DIPLOMASI NEGARA, NAJIB >>> KLIK


 
Copyright © 2014 Media Yang Hensem - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info