adsense Akibat Gimik "Terlajak Laris" Ramai Orang Benci Dan Hampir Meludah Ke Muka Saya - Aliff Syukri - Media Yang Hensem
Lazada Malaysia

Akibat Gimik "Terlajak Laris" Ramai Orang Benci Dan Hampir Meludah Ke Muka Saya - Aliff Syukri





KUALA LUMPUR: Meskipun dikutuk dan dihina, usahawan kosmetik dan produk kesihatan D'Herbs, Datuk Aliff Syukri Kamarzaman mengakui sudah lali dengan semua itu.

Gimik menggunakan baris kata 'Terlajak Laris' dengan mimik muka yang selamba dan suara yang nyaring itu sebaliknya memberi rahmat tersendiri dalam perniagaannya.

Malah dek populariti yang diraih, suami kepada bekas anggota kumpulan nasyid Solehah bernama Norshahida Mohd Rashid itu sebenarnya sudah dilamar untuk berlakon drama.

Namun akui Syukri, beliau masih terfikir untuk menceburi bidang baharu itu.

"Saya tak pandai berlakon. Setakat berlakon iklan itu cukuplah. Saya tolak dengan baik kerana lakonan bukan 'forte' saya. Tumpuan saya hanya pada perniagaan. Tapi kalau nak suruh saya berlakon jual jamu boleh dipertimbangkan," selorohnya ketika dihubungi BH Online sebentar tadi.


Percaturan Syukri melakukan gimik Terlajak Laris itu benar-benar boleh dianggap berjaya biarpun pada awalnya ramai yang seakan jelak dengan suara dan gelagatnya ketika mempromosikan produk naungannya.

Ibunya juga mempunyai rangkaian produk sendiri. Rangkaian jenama produknya kini sudah memasuki tahun keenam di pasaran dan mendapat sambutan menggalakkan di kalangan masyarakat.

"Tipulah kalau saya cakap tak malu masa mula-mula nak buat gimik ini. Tapi saya mahu atau tidak harus ambil cabaran dan tebal muka, kerana saya bukan selebriti atau orang dikenali. Saya tak guna nama dan pengaruh ibu saya langsung.

"Saya bermula dari bawah. Asalnya dua tahun permulaan, memang perniagaan saya tak mendapat perhatian. Berbuih saya cakap itu dan ini, tak memberi kesan. Hinggalah saya menggunakan gabungan agensi pengiklanan dan syarikat sendiri menggunakan gimik.

"Nak beli iklan pun perlu bermodal besar dulu. Saya mana ada duit nak beli iklan awal dulu. Nak guna selebriti sebagai duta, bayarannya melambung. Akhirnya saya sendiri jadi seperti duta. Tapi Alhamdulillah kini perniagaan saya berkembang maju," katanya.

Menceritakan lanjut mengenai cercaan orang terhadap dirinya selepas memperkenalkan gimik Terlajak Laris, ada pihak yang seperti mahu meludah ke mukanya saja ketika bertembung di dalam lif.

"Bukan setakat saya saja dihina, keluarga dan sanak saudara saya pun ada menerima tempias. Orang memang benci tengok saya umpamanya.

"Tapi ingatkan kebencian dan perasaan jelak itu berpanjangan tapi akhirnya orang sudah mula tahu ia hanya sekadar gimik dan strategi pemasaran.

"Malah bukan setakat orang luar saja yang skeptikal terhadap saya, bahkan keluarga pun bising. Mereka tak boleh terima apa yang saya buat. Tapi lama kelamaan, keluarga sudah mulai faham dan okey.

"Di Malaysia ini, apa yang kita nak buat atau jual, kita kena berani ambil risiko dan kena jadi unik serta luar biasa... baru orang akan perasan. Biarpun orang anggap apa yang saya buat seperti memperbodohkan diri sendiri, saya tak kisah," katanya.

Tambah Syukri lagi, isterinya amat memahami.

"Isteri sudah tahu malah turut terbabit sama ketika gimik ini dibentangkan," kata bapa kepada Ammar Ahyan, Qadeja El-Zahra dan Ibrahem Adham.
1 Komentar untuk "Akibat Gimik "Terlajak Laris" Ramai Orang Benci Dan Hampir Meludah Ke Muka Saya - Aliff Syukri"

BORAK-BORAK HENSEM



POST BARU DAN PANAS !!!

- POLITIK FITNAH SEMAKIN MENJADI-JADI ANTARA PAS & UMNO DI MUSIM BANJIR !!! >>> KLIK
- GEMPAR !!! BUNUH DIRI KETIKA BANJIR AKIBAT TERTEKAN !!! >>> KLIK
- PENDEDAHAN !!! BENARKAH INI PESAWAT AIRASIA QZ8501 YANG DIKATAKAN TERHEMPAS ??? >>> KLIK
- KELU !!! TEAM SUKARELAWAN MAKLUMKAN RAMAI YANG TERKORBAN AKIBAT LEMAS !!! >>> KLIK
- SAYA BERMAIN GOLF DENGAN OBAMA DEMI DIPLOMASI NEGARA, NAJIB >>> KLIK


 
Copyright © 2014 Media Yang Hensem - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info