Dari ABS: Peniaga Introvert
Banyak orang menyangka dunia perniagaan hanya mahukan individu yang extrovert.
Individu extrovert suka berkawan, suka berjumpa orang, tidak malu ke depan, pandai berbual-bual meskipun dengan orang yang baru dikenali.
Extrovert mendapat caj tenaga baru apabila berjumpa banyak kenalan baru.
Sangkaan begitu menyebabkan individu-individu yang introvert berasa tidak yakin hendak terjun ke dalam dunia bisnes. Golongan introvert khuatir mereka tidak memenuhi kritera menjadi peniaga berjaya.
Introvert adalah pemalu, tidak berani bercakap di depan khalayak. Mereka lebih suka duduk dalam dunianya sendiri. Mereka hanya selesa berada dengan orang-orang yang sudah sedia rapat dengan mereka.
Dalam dunia bisnes, banyak peniaga yang sangat berjaya adalah introvert. Otak bisnes mereka tajam. Mereka nampak peluang, dan bijak membuat pilihan serta keputusan yang tepat.
Yang paling penting, mereka pandai memilih dengan tepat orang-orang yang memiliki bakat diperlukan apabila membangunkan pasukan bisnes mereka.
Inilah kelebihan peniaga introvert berbanding dengan peniaga ekstrovert.
Peniaga ekstrovert cenderung ter-banyak cakap, dan ter-lebih mendedahkan maklumat. Mereka juga cenderung menyangka mereka lebih pintar berniaga daripada staff mereka.
Extrovert cenderung membuat keputusan secara impulsif. Mereka lebih berani bermain dengan risiko. Hasilnya, mereka cepat membuat keputusan, tetapi banyak keputusan mereka silap dan terpaksa dibetulkan.
Introvert cenderung berfikir kalkulatif apabila membuat keputusan. Mereka tidak selesa dengan risiko.
Mereka mengambil masa lebih lama sebelum membuat keputusan, namun apabila dibandingkan dengan extrovert mereka kurang banyak membuat keputusan yang salah.
Ditulis Oleh Ainon Mohd via Facebook
0 Komentar untuk "Apa Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Peniaga Introvert"