Dugaan mangsa banjir di Kelantan yang dialami sekarang ini bukan setakat menyelamatkan diri dari dugaan banjir seperti lemas, hanyut atau sebagainya. Malah sehari dua ini kita semua dihebohkan dengan kelahiran bayi yang comel yang selamat dilahirkan di Sungai Pinang, Tumpat Kelantan. Tahniah kepada keluarga terutama sekali Ibu yang berjuang bermati-matian untuk lahirkan anak dalam serba kekurangan. Tak kira dari sudut air, elektrik, peralatan bidan, perubatan atau sebagainya. Kelahiran ini merupakan kelahiran yang sangat bermakna buat keluarga mangsa terbabit.
Namun, apabila gambar baby yang lahir ini dimuat-naik dalam internet terutama sekali di media sosial iaitu Facebook, ramai yang tidak berpuas hati dan rata-ratanya mengeluh kerana baby tersebut dalam kondisi yang kurang elok diletakkan selepas bersalin iaitu diletakkan di atas surat khabar sebagai tempat alas.
Ramai yang bertubi-tubi marahkan kerana berhampiran surat khabar tersebut, ada kemudahan yang lain seperti bantal dan tikar. Ini menyebabkan ruangan komen facebook tersebut penuh dengan komen-komen yang negatif kerana rata-ratanya menganggap perkara sebegini tidak patut ia berlaku.
Bagi admin pula, mungkin ada sebabnya baby tersebut dibalut dengan kain dan diletakkan di atas surat khabar sebagai alas, bukan di atas karpet atau bantal. Come on ! BERSANGKA BAIKLAH ! kita bukannya berada di tempat kejadian. So, jangan berlebih-lebih pula nak komen semuanya kena itu ini, tak patut itu ini, yerlah mungkin juga orang yang mengambil gambar waktu itu, dia mengambilnya sebelum baby diletakkan di atas tikar. Admin rasa perkara ini tak patut kecoh dan sepatutnya kita semua memanjatkan syukur kerana baby selamat dilahirkan dan mengucapkan tahniah kepada ibu yang melahirkan.
Cuba bayangkan kalau ibu baby tu baca komen-komen korang, mesti sedih dan pilu hatinya. Dahlah masih "fresh" lagi tengah lahir. Pastu kena berpatang lagi beberapa hari. Dah tu banyak pula kesusahan yang terpaksa ditempuh ketika berpatang, lepas tu pulak harta benda seperti rumah belum tentu lagi dalam keadaan yang elok. tapi yang pasti memang rumah mangsa kat sana semuanya kena REBUILD balik dengan perabot baru, cat rumah dan semuanya ! So, admin nasihatkan korang komenlah yang baik-baik kerana esok lusa mungkin kita akan menerima nasib yang sama dengan ibu tersebut...
ANTARA KOMEN NEGATIF :
ANTARA KOMEN NEGATIF :
KOMEN POSITIF :
0 Komentar untuk "Bayi Comel Ini Lahir Ketika Terperangkap Musim Banjir. Tetapi Lain Pula Jadinya. WHY???"