Semasa kuliah tadi ada seorang pak cik bertanya:
"Ada seorang ustaz mengajar, dia kata kalau seseorang yang pernah berhutang dengan kita itu mati sebelum sempat bayar hutangnya, jangan kita halalkan hutang tersebut sebab akhirat nanti kita boleh tuntut pahala dia sebagai ganti. Betul ke?"
Agak mencabar soalan itu. Tak pernah dengar sebelum ini namun ada betulnya. Orang yang berhutang perlu langsaikan segala hutangnya samada di mahkamah tuhan nanti. Cuma di akhirat kita perlu langsaikan dengan pahala yang kita ada. Wang kertas dah tak laku di sana. Kalau tak ada pahala untuk dibayar, kita perlu tanggung dosa pemiutang itu pula. Ini disebut dalam hadis tentang muflis.
Saya cuba jawab:
"Ustaz tu betul. Tapi kalau kita halalkan hutang itu semasa kita masih hidup ini, kita akan dapat dua pahala sedangkan pahala yang dituntut dari penghutang di akhirat nanti hanya dapat satu. Dua pahala itu pertamanya pahala menghalalkan, kedua pahala menolong penghutang itu selamat di akhirat."
Saya sambung lagi:
"Sama saja kalau kita halalkan atau tak halal. Dua-dua tidak dapat apa-apa keuntungan untuk dunia. Duit memang tak dapat balik dah sebab dia dah mati, kecuali kalau waris dia tolong bayarkan. Yang ada hanya keuntungan untuk bekalan akhirat. Rugilah kita nak ambil satu pahala sahaja sedangkan kita mampu dapat lebih tanpa jejaskan hidup dunia."
Ke macam mana?
Ditulis Oleh Alang Ibn Shukrimun
0 Komentar untuk "Bolehkah Tuntut "Pahala Hutang" Di Akhirat Kelak?"