adsense Diancam Bunuh dan Meletupkan Pesawat, Air Asia Terpaksa Berpatah Balik (GAMBAR & VIDEO) - Media Yang Hensem
Lazada Malaysia

Diancam Bunuh dan Meletupkan Pesawat, Air Asia Terpaksa Berpatah Balik (GAMBAR & VIDEO)






Bangkok : 12 Disember - Sebuah pesawat Air Asia hari ini terpaksa berpatah balik ke lapangan terbang Don Mueang berikutan tindakan ganas ari dua orang penumpang pesawat yang dalam separuh perjakalan ke Nanjing, China.

Menurut laporan dari seorang pengguna Weibo yang berada di dalam penerbangan tersebut, pesawat terpaksa berpatah balik selepas satu pasangan China mengasari seorang pramugari dan mengancam untuk melompat keluar dari kapal terbang dan meletupkan pesawat.


Pengguna itu juga menceritakan kejadian bermula dengan seorang wanita berusia20 tahun dari Nanjing yang duduk berasingan dari teman lelakinya, mencurahkan air panas kepada seorang pramugari yang menghantar mee segera kepada wanita tersebut.



Menurut laporan dari BangkokPost, kejadian berpunca kerana pasangan itu tidak berpuas hati kerana mereka diletakkan di tempat duduk berasingan dalam pesawat tesebut. Difahamkan juga pasangan terbabit adalah dari satu rombongan pelancongan dan bukannya membeli tiket secara persendirian. Oleh kerana itu tempat duduk mereka diatur mengikut abjad.

Lebih memburukkan keadaan, teman lelaki wanita berkenaan mengancam untuk meletupkan pesawat manakala teman wanitanya mengancam mahu membunuh diri.


Pesawat itu terpaksa berpatah balik ke Don Mueang dimana polis menunggu untuk menahan kedua-duanya. Bagaimanapun mereka tidak mahu keluar dari pesawat tersebut.

Mereka akhirnya dikeluarkan dari pesawat tersebut secara paksaan. Gambar kejadian telah dirakamkan oleh penumpang pesawat lain yang dikongsikan di laman web Weibo,

Tonton Video Di Bawah :

0 Komentar untuk "Diancam Bunuh dan Meletupkan Pesawat, Air Asia Terpaksa Berpatah Balik (GAMBAR & VIDEO)"

BORAK-BORAK HENSEM



POST BARU DAN PANAS !!!

- POLITIK FITNAH SEMAKIN MENJADI-JADI ANTARA PAS & UMNO DI MUSIM BANJIR !!! >>> KLIK
- GEMPAR !!! BUNUH DIRI KETIKA BANJIR AKIBAT TERTEKAN !!! >>> KLIK
- PENDEDAHAN !!! BENARKAH INI PESAWAT AIRASIA QZ8501 YANG DIKATAKAN TERHEMPAS ??? >>> KLIK
- KELU !!! TEAM SUKARELAWAN MAKLUMKAN RAMAI YANG TERKORBAN AKIBAT LEMAS !!! >>> KLIK
- SAYA BERMAIN GOLF DENGAN OBAMA DEMI DIPLOMASI NEGARA, NAJIB >>> KLIK


 
Copyright © 2014 Media Yang Hensem - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info