adsense EKSKLUSIF : Kisah Survival Klinik Badang Dilanda Banjir "Bah Merah 2014" Oleh Dr.Afiq Rahim - SIRI 5 - Media Yang Hensem
Lazada Malaysia

EKSKLUSIF : Kisah Survival Klinik Badang Dilanda Banjir "Bah Merah 2014" Oleh Dr.Afiq Rahim - SIRI 5



Mentari yang suram
26/12/14 - 1630H
Catatan ke-5
================
Alhamdulillah malam dingin berlalu sepi. Tiada ujian baru. Hanya saya tidak lena tidur takut ibu mengandung mengalami komplikasi melahirkan anak manakala anak kecil pergi menemui Rab-Nya.

Mentari muncul daripada ufuk timur sekaan gagal memberi sinar harapan kepada kami di Kelantan. Air mengalir deras ke segenap daerah di sepanjang sungai. Jika dahulu ada pihak berani mendabik dada rumahnya takkan dinaiki air, kini menggigil kesejukan menunggu bantuan penyelamat.

Pagi ini saya dihujani panggilan daripada serata pelusuk dunia. Daripada penolong pengarah hingga ke keluarga. Terima kasih kepada mereka yang prihatin kepada situasi kami.

Situasi banjir di Badang semakin parah. Di kawasan hospital 'darurat dan daif' Badang, air naik melebihi paras lutut dan terus meningkat. Mujur klinik kami telah ditinggikan selepas bencana banjir 2004 namun di sebelah bahagian ibu anak telah selamat ditenggelami air.

Situasi mangsa banjir juga bertambah parah. 2 pusat baru dibuka menjadikan 5 pusat pemindahan di sini dengan jumlah mangsa mencecah 3500 orang. Di Kem Kijang dan SK kedai Buloh 1 air telah naik sedikit demi sedikit sehingga ada mangsa dipindahkan. Dari satu pusat ke satu pusat mangsa banjir berhijrah menyelamatkan diri.

Masih ramai lagi mangsa yang belum diselamatkan. Bot penyelamat terakhir kami di sini akhir terbalik ditepis arus deras. Dengan ini tiada lagi bantuan menyelamat di kawasan kampung yang sukar dimasuki trak tentera. Hanya Allah mampu menyelamatkan mereka.

 Hospital darurat Badang- menunggu air pasang untuk tenggelam bersama kami pasukan perubatan.

Bekalan makanan dan air bersih amat terhad. Elektrik masih belum dipotong tetapi khabarnya malam ini kami akan bergelap. Penyakit bawaan air telah mula menyerang seperti food poisoning dll. Pusat pemindahan seperti kem pelarian. Mereka tetap juga lemas tetapi didalam kesesakan manusia.

Pesakit kritikal saya kini bertambah kepada 5 orang. Pagi tadi seorang budak 3 tahun mendapat lelah akibat jangkitan kuman dan keadaan lemah walaupun selepas 2 nebs and IV hydrocort. Seorang lagi juga pesakit seorang budak dengan diagnosis denggi berdarah in decompensated shock dalam fasa kritikal. Kedua-duanya dapat diresusitasi dengan jayanya. Namun mereka perlu pengawasan berterusan di hospital.

Pasti ramai yang tertanya-tanya keadaan anak kecil itu. Alhamdulillah berkat doa kalian, bayi itu masih hidup.

Begitu juga pesakit kemalangan saya yang mana kedua-dua telah sedarkan diri dan dalam keadaan stabil.

Harapan baru yang kelam kini muncul kembali. Trak bantuan tentera tiba pagi ini membawa bekalan kepada kami. Pihak tentera juga bersetuju untuk membawa pesakit saya keluar untuk dirujuk ke hospital. Berita baik buat kami dan seluruh Malaysia yang mengikuti diari banjir di Bandang.

Dari pagi hingga tegak matahari. Dari sesak di kecemasan hingga reda. Trak masih belum muncul. Khabarnya masih memunggah bekalan.

Jam 3 ptg, saya mendapat berita yang memdukacitakan.

Bersambung...
Dr Afiq Rahim, DAR

Post Asal : https://www.facebook.com/affick/posts/10152629402941896

--------------------------------------------------------------------------------

PENDEDAHAN EKSKLUSIF KISAH SURVIVAL KLINIK BADANG DILANDA BANJIR "BAH MERAH 2014" OLEH DR.AFIQ RAHIM
>>> CATATAN 1
>>> CATATAN 2
>>> CATATAN 3
>>> CATATAN 4
>>> CATATAN 5
>>> CATATAN 11

--------------------------------------------------------------------------------
0 Komentar untuk "EKSKLUSIF : Kisah Survival Klinik Badang Dilanda Banjir "Bah Merah 2014" Oleh Dr.Afiq Rahim - SIRI 5"

BORAK-BORAK HENSEM



POST BARU DAN PANAS !!!

- POLITIK FITNAH SEMAKIN MENJADI-JADI ANTARA PAS & UMNO DI MUSIM BANJIR !!! >>> KLIK
- GEMPAR !!! BUNUH DIRI KETIKA BANJIR AKIBAT TERTEKAN !!! >>> KLIK
- PENDEDAHAN !!! BENARKAH INI PESAWAT AIRASIA QZ8501 YANG DIKATAKAN TERHEMPAS ??? >>> KLIK
- KELU !!! TEAM SUKARELAWAN MAKLUMKAN RAMAI YANG TERKORBAN AKIBAT LEMAS !!! >>> KLIK
- SAYA BERMAIN GOLF DENGAN OBAMA DEMI DIPLOMASI NEGARA, NAJIB >>> KLIK


 
Copyright © 2014 Media Yang Hensem - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info