ni pengalaman aku semasa hantar anak aku masuk sem 2 kat uitm seri iskandar, perak, minggu lepas. Aku pergi balik-hari, dari JB naik bas 3 orang, sbab bawa barang banyak, sampai perhentian bas seri iskandar kol 6 pagi. hari masih gelap, so nak tunggu kaunter tiket balik jb 8.30 baru bukak. di subuh yang hening tu, datang pulak penghibur hati 4-5 ekor KUCING yg kelaparan. Kebetulan aku ada kentang goreng McD yang aku bawa dari JB, so aku pun makan sama2 ngan kucing2 tu smpai habis.
sampai kol 9 pagi kaunter bas nak balik jb pun lom buka lagi. aku pun naik teksi pergi uitm-charted pergi dan balik, siap brader tu tunggu lagi aku kat uitm, sampai urusan anak aku selesai. pas tu balik semula ke perhentian bas, jam dah kol 10.05 pagi. brader teksi tu cas aku rm15 je, pergi-balik siap tunggu lagi. bas balik jb jalan kol 10.30 pagi, klau terlepas kena tunggu kol 10.00 malam punya. skali pergi kaunter, ngam-ngam ada 2 tiket lagi balik jb, lega last minit dapat tiket balik JB. Dalam bas aku termenung jap, segala urusan berjalan lancar, teksi murah-driver peramah, tiket bas senang dapat-driver bas pun peramah. Mungkin berkat sampai sana dapat bagi kucing makan?
Rezeki bukan dalam bentuk wang ringgit, dipermudahkan urusan pun adalah rezeki juga.
cerita: Fardale Hasbi
0 Komentar untuk "Hari Ini Semua Urusan Hidup Aku Jadi Mudah...Mungkinkah Kerana Seekor Kucing Tadi..."