adsense Hebat !!! Anak Peneroka Felda Cipta Telefon Pintar Secanggih Samsung Note 3 !!! - Media Yang Hensem
Lazada Malaysia

Hebat !!! Anak Peneroka Felda Cipta Telefon Pintar Secanggih Samsung Note 3 !!!




Putrajaya: Kesungguhan menghasilkan telefon pintar jenama GFon menggunakan sistem operasi Android yang juga buatan Malaysia akhirnya terbalas apabila diumumkan sebagai Tokoh Harapan Generasi Baharu Felda, Anugerah Belia Felda Malaysia (ABFM).

Pereka telefon pintar, Mohd Suarjohani Suraidi, 38, menerima anugerah berkenaan pada majlis Himpunan Ikatan Hati Warga FELDA (IKTIRAF) Kebangsaan 2014 berlangsung di Dataran Pancarona, Presint 3 di sini, semalam.

Menerusi penganugerahan bagi kategori khas itu, dia membawa pulang RM4,000 bersama piala iringan dan sijil penghargaan.

Mohd Suardijohani berkata, dia tidak menyangka usahanya menghasilkan telefon pintar berkenaan diiktiraf dan boleh menjadi contoh kepada belia FELDA yang lain.

Katanya, dia mempunyai kilang membuat servis pemasangan telefon dan kini dalam pembikinan telefon pintar GFon yang akan memasuki pasaran tempatan bermula pertengahan tahun depan.

“Sehingga kini kita mempunyai dua model telefon pintar yang akan dipasarkan dengan harga mampu milik bermula dari RM800 dan kecanggihannya setanding telefon pintar Note 3 keluaran Samsung, namun harganya jauh lebih murah.

“Banyak kajian dibuat sebelum menyiapkan dua model ini untuk dipasarkan, malah pengalaman kerja dalam bidang teknologi sejak 1995 juga banyak membantu saya menghasilkan telefon pintar ini,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian ABFM pada Himpunan IKTIRAF di sini, semalam.

Hadir pada himpunan itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyampaikan anugerah kepada semua pemenang.

ABFM membabitkan tiga kategori anugerah iaitu persatuan, individu dan kategori khas manakala, jumlah keseluruhan yang menerima anugerah ialah sebanyak 21 individu termasuk persatuan.

Ia adalah pengiktirafan khas kerajaan melalui Seranta (FELDA), Jabatan Perdana Menteri bersama FELDA dengan kerjasama Majlis Belia FELDA kepada individu atau organisasi yang terbabit dalam pembentukan generasi baru FELDA.

Dalam pada itu, Mohd Suarjohani yang berasal dari Felda Tenggaroh 02, Johor Bahru berkata, pemasangan telefon pintar berkenaan dibuat sepenuhnya di negara ini iaitu di kilang miliknya.

Antara Komen dari pengguna Facebook :


0 Komentar untuk "Hebat !!! Anak Peneroka Felda Cipta Telefon Pintar Secanggih Samsung Note 3 !!!"

BORAK-BORAK HENSEM



POST BARU DAN PANAS !!!

- POLITIK FITNAH SEMAKIN MENJADI-JADI ANTARA PAS & UMNO DI MUSIM BANJIR !!! >>> KLIK
- GEMPAR !!! BUNUH DIRI KETIKA BANJIR AKIBAT TERTEKAN !!! >>> KLIK
- PENDEDAHAN !!! BENARKAH INI PESAWAT AIRASIA QZ8501 YANG DIKATAKAN TERHEMPAS ??? >>> KLIK
- KELU !!! TEAM SUKARELAWAN MAKLUMKAN RAMAI YANG TERKORBAN AKIBAT LEMAS !!! >>> KLIK
- SAYA BERMAIN GOLF DENGAN OBAMA DEMI DIPLOMASI NEGARA, NAJIB >>> KLIK


 
Copyright © 2014 Media Yang Hensem - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info