adsense Jika Pakaian Terkena Najis Babi, Apa Yang Perlu Dibuat? - Media Yang Hensem
Lazada Malaysia

Jika Pakaian Terkena Najis Babi, Apa Yang Perlu Dibuat?



TERKENA NAJIS KHINZIR
Soalan: Jika seseorang bimbang bekas atau pakaiannya terkena najis khinzir. Dia tidak pasti. Patutkah membasuh semua tempat itu dengan air tanah? Apakah yang harus dilakukannya?

Jawapan: Soalan saudara ada beberapa perkara berkaitan;

1. Kita tidak patut mengandaikan perkara yang kita tidak nampak. Asal sesuatu yang bersih itu kekal dianggap bersih sehingga terbukti secara yakin ia telah dicemari najis. Andaian ataupun syak tidak mengubah status asal yang bersih itu.

2. Apa yang disebut dalam hadis tentang basuh dengan air tanah hanyalah membabitkan anjing. Ini seperti sabda Nabi s.a.w :
طَهُورُ إِنَاءِ أَحَدِكُمْ إِذَا وَلَغَ الْكَلْبُ فِيهِ، أَنْ يَغْسِلَهُ سَبْعَ مَرَّاتٍ
“Apabila anjing menjilat bekas seseorang kamu, maka basuhlah sebanyak tujuh kali. Salah satunya dengan tanah” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim, lafaz Muslim).

Hadis ini hanya menyebut jilatan (dalam riwayat al-Bukhari minuman) anjing dan tiada satu pun hadis yang menyebut khinzir.

3. Pendapat yang mewajibkan membasuh kesan khinzir dengan air tanah adalah pendapat mazhab Syafi’i kerana mereka menyamakannya dengan anjing ataupun lebih najis dari anjing. Sementara majoriti ulama berpendapat memadai kesan khinzir itu dibasuh dengan air tanpa memerlukan tanah. Apa yang penting basuhan itu menghilangkan kesan najis tersebut. Ini kerana tiada dalil yang menyatakan khindir wajib dibasuh sebanyak tujuh kali dan termasuk satu kali air tanah. Pendapat ini disokong oleh tokoh besar Mazhab al-Syafi’i sendiri –walaupun ini berbeza dengan mazhabnya- iaitu al-Imam al-Nawawi (meninggal 676H) yang banyak mensyarahkan mazhab al-Imam al-Syafii. Kata Sadr al-Din Muhammad bin ‘Abd al-Rahman (seorang ilmuwan dalam mazhab al-Syafi’i, meninggal 780H): “Khinzir hukumnya seperti anjing. Dibasuh apa yang ternajis disebabkannya sebanyak tujuh kali. Inilah pendapat yang paling sah dalam Mazhab al-Syafi’i. Kata al-Nawawi: Yang lebih tepat dari segi dalil memadai membasuh kesan khinzir sebanyak sekali tanpa tanah. Inilah pendapat kebanyakan ulama dan inilah pendapat yang diterima pakai. Ini kerana asal sesuatu perkara tidak wajib melainkan adanya dalil syarak”. (Sadr al-Din Muhammad bin ‘Abd al-Rahman al-Syafi’i, Rahmah al-Ummah fi Ikhtilaf al-Aimmah, m.s 9, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah).

4. Pendapat majoriti ulama ini di samping lebih kuat, ia juga lebih memudahkan kita berurusan terutama bagi yang makan di hotel, kapalterbang, bertandang ke rumah jiran atau kenalan bukan muslim kerana bahan ataupun unsur khinzir mungkin sering digunakan oleh mereka. Memadailah kita mendapati sesuatu bekas itu bersih tanpa perlu ia dibasuh sebanyak tujuh kali bersama tanah.

Ditulis Oleh Dr.Maza
0 Komentar untuk "Jika Pakaian Terkena Najis Babi, Apa Yang Perlu Dibuat?"

BORAK-BORAK HENSEM



POST BARU DAN PANAS !!!

- POLITIK FITNAH SEMAKIN MENJADI-JADI ANTARA PAS & UMNO DI MUSIM BANJIR !!! >>> KLIK
- GEMPAR !!! BUNUH DIRI KETIKA BANJIR AKIBAT TERTEKAN !!! >>> KLIK
- PENDEDAHAN !!! BENARKAH INI PESAWAT AIRASIA QZ8501 YANG DIKATAKAN TERHEMPAS ??? >>> KLIK
- KELU !!! TEAM SUKARELAWAN MAKLUMKAN RAMAI YANG TERKORBAN AKIBAT LEMAS !!! >>> KLIK
- SAYA BERMAIN GOLF DENGAN OBAMA DEMI DIPLOMASI NEGARA, NAJIB >>> KLIK


 
Copyright © 2014 Media Yang Hensem - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info