adsense KPM Tak Habis-Habis Bebankan Tugas Guru - Media Yang Hensem
Lazada Malaysia

KPM Tak Habis-Habis Bebankan Tugas Guru


Beban Tugas Guru 2015. Ada 100 Senarai Tugas Berat Untuk Guru di Malaysia. KPM Dengarlah Rungutan Para Guru!

Pejam celik pejam celik, tahun 2015 bakal menjelang tiba sekitar 1 bulan daripada sekarang ini. Selain cabaran kos sara hidup di malaysia bagi tahun 2015, kalangan guru di Malaysia mempunyai alasan dan sebab tersendiri merasakan tahun 2015 merupakan tahun yang membebankan buat mereka atas tiket hanya seorang guru tetapi bebas tugas guru untuk tahun 2015 sudah terhidang di hadapan mereka untuk “dijamah dan dihabiskan”.

Bersedia atau tidak, suka atau tidak, ia mesti diselesaikan.

Berita Semasa dimaklumkan yang mana kalangan guru sudah mula menghantar aduan mengenai lambakan dan senarai beban tugas guru 2015 yang jumlahnya menjangkau 100 tugas berat buat mereka tidak lama sahaja lagi. Antaranya ialah :
  • Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS)
  • Mentor Mentee
  • VLEFrog (pengajaran menggunakan Internet)
  • HRMIS (sistem maklumat sumber manusia)
  • Guru-guru mohon tambah senarainya di ruangan komen di bawah ini…
Sehingga menyebabkan tugas guru yang hakiki iaitu menumpukan sepenuh tanggungjawab dan perhatian untuk mengajar dan mendidik anak-anak bangsa kita, anak-anak kita semua terpaksa dialihkan sedikit demi sedikit untuk menghabiskan tugasan-tugasan yang telah diberikan kepada mereka termasuklah untuk ditunjukkan dan disajikan kepada “orang atas tengok”.

Ini kerana, berdasarkan pemerhatian Berita Semasa guru-guru hanya mahukan dikembalikan semula tugas-tugas hakiki mereka. Itu sahaja…tidak lebih daripada itu.
Mengajar itu satu benda yang menyeronokkan. Jangan dibiarkan tangan-tangan yang hanya gemarkan pangkat dan ganjaran ini merosakkan sistem yang sudah sedia elok seperti mana yang digunapakai kalangan guru-guru veteran ini
Ya…Berita Semasa cukup bersetuju, jikalau kerajaan Malaysia membayar gaji dan melantik pembantu guru gred N17 bagi membantu meringankan sedikit sebanyak beban tugas menjelang tahun 2015 dan seterusnya. Jikalau guru pra sekolah atau guru tadika atau guru PPKI pun ada pembantu, bila agaknya guru akademik akan menerima pembantu yang bakal melakukan kerja-kerja yang tidak memerlukan kemahiran pendidikan?

Hari ini, tugas guru banyak dihabiskan menyediakan fail, menilik data, menyimpan statistik dan lain-lain pekerjaan remeh.

Bagi Berita Semasa guru yang sebenarnya memegang jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan. Bukannya Pegawai Pengurusan Pendidikan

Dan inilah satu-satunya juga PEGAWAI KERAJAAN Gred 41 tiada penolong. Setuju?

Apa pendapat guru-guru pula? Ibu bapa?

KONGSIKAN & SEBARKAN

0 Komentar untuk "KPM Tak Habis-Habis Bebankan Tugas Guru"

BORAK-BORAK HENSEM



POST BARU DAN PANAS !!!

- POLITIK FITNAH SEMAKIN MENJADI-JADI ANTARA PAS & UMNO DI MUSIM BANJIR !!! >>> KLIK
- GEMPAR !!! BUNUH DIRI KETIKA BANJIR AKIBAT TERTEKAN !!! >>> KLIK
- PENDEDAHAN !!! BENARKAH INI PESAWAT AIRASIA QZ8501 YANG DIKATAKAN TERHEMPAS ??? >>> KLIK
- KELU !!! TEAM SUKARELAWAN MAKLUMKAN RAMAI YANG TERKORBAN AKIBAT LEMAS !!! >>> KLIK
- SAYA BERMAIN GOLF DENGAN OBAMA DEMI DIPLOMASI NEGARA, NAJIB >>> KLIK


 
Copyright © 2014 Media Yang Hensem - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info