adsense Najib Main Golf Ketika Beribu Rakyat Kelantan Dikhuatiri Mati. Perlukah Kita Bersangka Baik? - Media Yang Hensem
Lazada Malaysia

Najib Main Golf Ketika Beribu Rakyat Kelantan Dikhuatiri Mati. Perlukah Kita Bersangka Baik?







BERLAKU ADIL KEPADA NAJIB?

Panas dan viral gambar PM bermain golf di Hawai USA bersama Presiden Barrack Obama. Saya tidak tipu, permulaan saya terima berita itu, saya juga rasa ia tidak patut langsung. Orang sedang bertarung dengan nyawa dan kelaparan semasa negara dilanda banjir, seorang Perdana Menteri boleh bercuti?

Pertama sekali, saya tidak setuju jawatan sebagai pentadbir negara memiliki cuti peribadi. Sebagai CEO sekumpulan syarikatpun saya rasa kerja saya sepanjang masa. Sekalipun di dalam cuti saya tetap mengintai peluang dan sekiranya peluang lalu di hadapan mata, saya tidak kisah ia cuti ataupun tidak saya akan sambarnya dahulu.

Saya cuba fikirkan pada sudut positif pula. Mungkin pertemuan dalam permainan golf itu telah dirancang lebih awal ataupun mungkin secara spontan. Jika secara spontan, mahupun dirancang saya fikir ia wajar diteruskan. Pertemuan yang intim dalam permainan golf ini biasanya berlangsung antara 2-4 jam bagi menghabiskan 18 lubang. 1 flight golf biasanya 4 orang dan pada saya ia satu perbincangan yang sangat berharga. Tidak sama perbincangan dalam forum-forum antarabangsa ataupun pertemuan 4 mata yang biasanya berlangsung sekitar 10-20 minit sahaja.

Pada musim banjir yang lalu, saya ada buat satu status yang viral tentang bagaimana masyarakat mahukan PM sendiri turun selamatkan orang. Status itu telah dibaca lebih dari 2 juta kali. Hari ini saya ulangi pendirian bahawa keberkesanan pentadbiran beliau sewajarnya diukur oleh keberkesanan bantuan yang disampaikan melalu instrumen yang beliau gerakkan sekalipun secara remote.

Untuk memuaskan hati rakyat, kebanyakannya mahukan PM sendiri turun menyelamatkan mangsa. Bukankah semua gerakan instrumen negara itu juga di bawah pentadbiran kerajaan juga? Jika sekalipun PM turun melawat mangsa banjir, apakah itu satu ukuran keberkesanan pentadbiran beliau atau SEKADAR PROPA sahaja?

Lagi satu, mungkin konsert Ambang Merdeka yang masih dalam persiapan tanpa ada ura-ura nak dibatalkan ini juga pastinya atas kekuasaan kerajaan juga. Boleh pula approve, bagi PM sound sikit rasanya boleh batalpun konsert ini (TERKINI : Dah dibatalkan...Alhamdulillah)

Sekiranya tiada urusan yang difikirkan lebih penting, mungkin boleh sahaja buat u-turn dan meninjau sendiri keadaan banjir yang melanda dengan mata sendiri. Malaysia dan USA ada pelbagai isu yang perlukan penyelesaian dan boleh jadi perbincangan dalam 1 pusingan golf itu mampu merungkai. Ingat semula, semasa rakyat Malaysia mengecam lambatnya tindakan PM untuk menggerakkan tindakan setelah MH17 ditembak jatuh, akhirnya dikejutkan oleh satu kejayaan rundingan antara PM dengan pihak pemberontak. Jika nak diikut rakyat, mahu sahaja digerakkan tentera kita untuk ke Ukraine dengan aset-aset ketenteraan. Boleh jadi, ini satu rundingan yang merubah sejarah.

Buat masa ini, saya fikir elok kita berbaik sangka sahaja dahulu. Allah tidak cipta OTAK kita untuk turun tangan semasa basuh pinggan mangkuk. Tetapi otak itu berfungsi dengan baik jika tangan mampu bergerak untuk membasuh pinggan. Jika anda percaya seorang PM perlu dan WAJIB turun sampai membantu dan bermalam sepanjang banjir berlaku, anda mungkin percaya otak dalam tempurung kepala anda perlu membasuh pinggan mangkuk.

Viralnya isu ini juga satu isyarat kepada PM untuk beringat, bahawa beliau kini lebih menjadi satu bebanan persepsi dari kalangan anti-BN dan juga telah menyebabkan kubu sokongan anggota UMNO dan parti komponen BN juga semakin longgar dan mudah roboh semasa PRU akan datang. Lakukan sesuatu yang baik atau dimalukan selepas diturunkan.

SAIFUL NANG
0 Komentar untuk "Najib Main Golf Ketika Beribu Rakyat Kelantan Dikhuatiri Mati. Perlukah Kita Bersangka Baik?"

BORAK-BORAK HENSEM



POST BARU DAN PANAS !!!

- POLITIK FITNAH SEMAKIN MENJADI-JADI ANTARA PAS & UMNO DI MUSIM BANJIR !!! >>> KLIK
- GEMPAR !!! BUNUH DIRI KETIKA BANJIR AKIBAT TERTEKAN !!! >>> KLIK
- PENDEDAHAN !!! BENARKAH INI PESAWAT AIRASIA QZ8501 YANG DIKATAKAN TERHEMPAS ??? >>> KLIK
- KELU !!! TEAM SUKARELAWAN MAKLUMKAN RAMAI YANG TERKORBAN AKIBAT LEMAS !!! >>> KLIK
- SAYA BERMAIN GOLF DENGAN OBAMA DEMI DIPLOMASI NEGARA, NAJIB >>> KLIK


 
Copyright © 2014 Media Yang Hensem - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info