Tips Mengelakkan Pejabat Dipecah Masuk.
Berdasarkan pengalaman saya tempoh hari, setelah berborak-borak dengan pihak Polis dan bertanyakan tentang kes-kes pecah rumah / pecah pejabat yang terjadi... Disini saya senaraikan beberapa langkah-langkah mudah bagi mengurangkan jenayah rompak / pecah rumah / pecah pejabat di kawasan anda semua.
1. Langkah paling utama, pastikan anda mengunci kesemua pintu grill dengan menggunakan mangga atau solex. Letakkan mesin penggera kecemasan atau alarm di pintu pejabat / rumah anda.
2. Anda boleh guna sistem cctv dan juga locking door magnetic dengan password / kad. Tapi ketahuilah kelemahannya.
a. Kelemahan cctv dan magnetic ni kalau suis elektrik utama dipotong, iaitu kabel besar yg kat depan rumah / pejabat tu, komfem cctv dan magnetic tak lagi berfungsi.
b. Magnetic locking door ni terutamanya yg pakai sistem keypad dan kad utk buka sangat mudah dibuka. Hanya memerlukan picu lighter elektronik dan cucuk pada angka no9.
3. Seeloknya gunakan sistem detector atau Motion Detector dan letakkannya disebalik pintu kayu pejabat anda atau pada bahagian atas pintu. Setkan alat ini menggunakan kuasa bateri mudah cas agar ia masih berfungsi jika bekalan elektrik dimatikan. Sambungkan talian Motion Detector kepada alarm pejabat / rumah anda dan sambung terus kepada pihak Polis atau ke telefon pintar anda. Jika pejabat / rumah dipecah masuk, anda terus tahu dan pihak polis terus datang di samping alarm terus berbunyi. Penjenayah akan terpinga-pinga dan mengambil masa sekurang-kurangnya 5 minit untuk beredar. 5 minit sudah cukup untuk menangkap suspek.
4. Pastikan semua tingkap pejabat anda bergril. Jangan gunakan mangga direct lock di grill anda tetapi gunalah rantai dan lilit pintu grill anda. Pastikan anda hanya membuka tingkap yang tidak bertentangan dengan pintu grill tersebut. Pastikan tingkap ditutup ketika meninggalkan pejabat.
5. Pastikan anda memasang kunci selak dari dalam pada setiap pintu tandas anda. Kuncikan selak itu setiap kali keluar dari tandas. Pasangkan juga satu Motion Sensor pada bahagian luar atas pintu tandas.
6. Jika anda memasang cctv, letakkan pada sudut-sudut yang tidak dapat diagak oleh para penjenayah. Jangan letakkan direct contact untuk cctv. Letakkan pada sudut berhadapan atau bertentang dengan laluan mereka menyelinap.
7. Jangan sesekali tinggalkan barang berharga di pejabat anda sekiranya tiada orang di pejabat. Untuk pejabat yang mempunyai staff overnight, pastikan anda keluarkan barang-barang berharga sebelum staff overnight pulang atau mengambil cuti yg lama.
8. Nyalakan lampu pada pintu depan pejabat / rumah anda. Dan letakkan satu tanda alih pada pintu utama rumah / pejabat anda setiap kali anda hendak meninggalkannya dalam tempoh yang panjang. Contoh tanda alih adalah, meletakkan penyapu bersebelahan pintu pada kedudukan yang kita sendiri tahu. Ini bagi mengetahui adakah rumah / pejabat sudah dipecah masuk sekiranya terdapat perubahan kedudukan penyapu tersebut. Taktik ini boleh menggantikan motion sensor, namun tidak dapat menangkap penjenayah dalam tempoh singkat.
9. Pastikan tingkap depan dan belakang rumah / pejabat anda adalah tingkap mudah kesan cap jari. Pastikan juga tombol pintu-pintu dalam rumah / pejabat anda tombol mudah kesan cap jari. Ini amat membantu pihak polis. Pastikan juga tombol kunci pintu anda sekurang-kurangnya 1.5 inci panjang.
10. Terakhir, laporkan kepada rakan-rakan / jiran-jiran jika anda ingin meninggalkan rumah / pejabat anda untuk tempoh yang panjang agar mereka tahu yang anda tiada disitu sepanjang tempoh yang disebutkan. Pastikan semua elektrik yang tak diperlukan telah dimatikan, elakkan pembaziran dan elakkan jenayah berlaku di tempat anda. Tutup semua tingkap, air-cond, kipas, lampu yang tak diperlukan dan apa sahaja yang dirasakan harus dimatikan.
11. Akhir kata, prevention is better than cure. Kalau ada kesan jenayah, cepat-cepat laporkan kepada pihak Polis dan buat siasatan segera untuk dapatkan cap jari penjenayah kerana cap jari hanya bertahan paling lama 24 jam dari saat pertama ia melekat pada mana-mana tempat yang boleh menyimpan cap jari.
12. Bantu pihak polis untuk kawad cam, pengecaman barang / identiti, susunan barang, barang hilang dan sebagainya untuk memudahkan siasatan dan tangkapan dibuat.
Pesanan ini dibawakan khas sepenuhnya oleh Brado Kapak Network kepada anda semua.....
-bradokapak
Freelance Internet Marketer.
0 Komentar untuk "Pejabat Anda Dipecah Masuk? Mungkin Tips Ini Membantu Anda !"