Soalan budak remaja.
Budak remaja tanya, "Ustaz, saya sering ikuti berita di TV untuk mengetahui perkembangan banjir. Apa yang pelik, saya tidak pula dengar kenyataan daripada pengarah mana-mana pusat zakat untuk agihkan bantuan kepada mangsa banjir. Kenapa ya ustaz?"
Ustaz jawab, "Jangan sangka bukan-bukan. Kita sangka baik sahaja."
Budak remaja diam sekejap. Katanya, "Baik ustaz."
"Boleh ustaz tanya sesuatu?"
"Boleh ustaz," budak remaja respon.
Ustaz tanya, "Bukankah bapa saudara kamu pengarah pusat zakat itu?"
Budak remaja garu kepala tidak gatal, "Ya ustaz. Kenapa?"
"Kamu tanyalah dia. Tahun ini sahaja sudah juta-jutin duit zakat," tanya ustaz dengan mata menyorot ganas.
Budak remaja berkerut sebelah dahi, terketar tahap alpha. "Saya ada tanya malam tadi. Dia jawab, 'kamu budak-budak, jangan sibuk'."
Ustaz garu kepala tidak gatal juga. "Sudahlah, mari ikut saya ke sekolah kampung sebelah. Kita bantu mangsa banjir. Kamu pergi ambil baju lama kamu, kita sedekah. Boleh?"
"Baik ustaz! Menurut perintah." (tabik) Budak remaja bergegas naik ke rumah.
"Ustaz! Spenda lama pun boleh? Emak saya basuh dan simpan.
Saya sudah mengembang kadar sekata. Sudah sendat, ketat dan padat."
Ustaz jawab, "Ikut kamulah, cepat!"
Nota : Watak dan cerita rekaan semata-mata. Tiada kaitan yang bekerja di pusat zakat.
0 Komentar untuk "Pusat Zakat Bisu Untuk Agihkan Bantuan Mangsa Banjir???"