Subhanallah.. beberapa orang pengembara telah menemui sebuah tasik di kawasan pergunungan Tatras di Slovakia yang telah beku dengan air tasiknya yang jernih.
Pengembara Thomas Nunuk dan rakannya itu kemudian memberanikan diri berjalan di atas air tasik yang beku itu dan memperlihatkan imej dasar tasik yang cukup mengkagumkan.
Dalam klip video yang dimuatnaik di laman Youtube 8 Disember lepas, ia kelihatan seperti mereka berjalan di atas udara, memetik laporan The Huffington Post.
Video berkenaan turut menimbulkan pelbagai persoalan dan ada yang mendakwa ianya sebagai palsu tetapi seorang pelancong yang berpengalaman dari Slovakia, Igor Ludma, dia memberitahu The New York Daily bahawa ia dalah video yang sebenar.
“Kami memang mengalami perubahan suhu sebegitu yang mungkin menjelaskan kejadian ini,” kata Igor.
Menurut beliau lagi, ais itu difahamkan setebal 2 sentimeter dan kekukuhannya mampu menampung berat seorang lelaki.
Sumber mynewshub.cc
0 Komentar untuk "Subhanallah !!! Berjalan Atas Tasik Beku Yang Jernih Di Slovakia (VIDEO)"