adsense Tips Strategi Penjimatan Badan Kerajaan Dari Seorang Usahawan Kampung (Part 1) - Media Yang Hensem
Lazada Malaysia

Tips Strategi Penjimatan Badan Kerajaan Dari Seorang Usahawan Kampung (Part 1)



SEJIMAT-JIMAT BADAN KERAJAAN, SEBOROS-BOROS SYARIKAT SWASTA

KAEDAH DAN STRATEGI PENJIMATAN OLEH BADAN KERAJAAN DARI SEORANG USAHAWAN KAMPUNG - BAHAGIAN 1

Sejimat-jimat badan kerajaan ialah seboros-boros syarikat swasta. Hari ini say anak luahkan common sense dalam perniagaan yang ada pada kebanyakan usahawan termasuk usahawan kampung-kampung. Ya, tidak perlukan konsultan belajar sampai Havard untuk selesaikan kegelinciran pentadbiran yang sangat asas.

Sebagai seorang ahli perniagaan, kami hari ini menerajui 10 buah perniagaan menerusi 4 buah syarikat. Bermula dari sebuah perniagaan fotografi perkahwinan kemudian masuk ke bahagian latihan professional, konsultansi pemasaran, media sosial, pembangunan kandungan, retail, import & trading, sewaan fasiliti, percetakan, perniagaan barang eksotik, gudang barang lusuh, kenderaan terpakai, automotif dan sedikit hartanah.

Nampak macam banyak kan? Tapi bukanlah syarikat besar cuma syarikat kecil yang menggunakan setiap inci ruangan peluang untuk dijadikan jalan menjana pendapatan syarikat.

Contohnya, semasa kami dalam proses mengembangkan syarikat dari hanya 1 tingkat bangunan kepada 2 buah block bangunan di Bandar Baru Bangi, sebuah gudang, dan 1 tingkat kilang jahitan fabrik semuanya digunakan dengan sebaik-baiknya. Setiap fasiliti yang kami adakan AKAN KAMI PASTIKAN ia digunakan dan menghasilkan pendapatan. Dewan kuliah dan kelas-kelas kita ada waktunya tidak digunakan. Apabila tidak digunakan sepenuhnya ia akan menjadi beban maka kami sewakan ruang itu bagi mereka yang mahu menggunakannya dengan kadar sewaan yang berpatutan.

Bas yang kami beli juga selain dari digunakan untuk kegunaan sendiri, ia juga digunakan untuk tujuan sewaan pada waktu-waktu tertentu. Risikonya, jika ada keperluan mendesak untuk menggunakan bas, kami sendiri terpaksa menyewa bas dengan sewaan bas setara dengan kadar yang kami sewakan bas kami pula. Tetapi pada kebanyakan masa, KAMI HANYA PERLU MERANCANG penggunaannya untuk kami berjimat. Sekurang-kurangnya, bas yang kami beli itu dibayar oleh penyewa-penyewa bas itu.

Begitu juga dengan fasiliti kami yang lain. Selain dari kami mencipta peluang menjana pendapatan pulangan pada waktu fasiliti tidak digunakan, kami juga membuka ruang kepada usahawan lain dalam ekosistem ekonomi ini.

Kalau kami ada masalah kewangan, bukan boleh minta tamabahan peruntukanpun, sendiri-sendirilah kena harung masa susah dan senang. Sebab itu nak taknak kami kena berusaha juga dari arah kiri, kanan, depan, belakang atas dan bawah selagi ada ruang.

UTILISASI FASILITI KERAJAAN

Sebagai usahawan saya juga sering keluar masuk ke badan-badan kerajaan. Kerajaan telah berjaya memberikan saya impresi yang sangat tinggi dengan kehebatan fasiliti mereka. Bayangkan, masuk sahaja ke lobi pejabat kerajaan boleh terasa majestik dan kemuncak citarasa senibina yang sangat gah. Berulang alik saban minggu, bulan dan tahun saya menyaksikan fasiliti yang hebat seperti auditorium, dewan bankuet, dewan seminar, kelas, ruang kosong, galeri, ruang legar semuanya atau kebanyakannya tidak digunakan. Adalah biasanya dewan bankuet disewakan kepada umum pada hujung minggu untuk majlis-majlis perkahwinan tetapi tidak semua.

Sebagai seorang usahawan yang membina perniagaan dengan modal RM90 sahaja kira-kira 10 tahun dulu, mata saya sangat nakal memerhati peluang. Saya pandang ke kiri duit, ke kanan duit, ke atas duit, ke bawah duit semuanya boleh jadi duit, semuanya boleh jadi business. Saya menyaksikan puluhan juta dibazirkan dalam bentuk potensi di setiap fasiliti yang dibiarkan kosong itu. Jika malas sekalipun, saya fikir kerajaan boleh membuat usahasama dengan industri hospitaliti untuk mentadbir dengan keuntungan yang mampu sekurang-kurangnya menjadikan badan kerajaan itu mandiri dari segi kewangan.

Sikap badan kerajaan yang pada awal tahun sibuk nak potong bajet sana sini takut hujung tahun bajet tak cukup lalu pada hujung tahun sibuk pula nak habiskan bajet yang berbaki supaya tahun depan bajet untuk badan itu tidak dikurangkan. Dalam swasta, sekali-kali perkara ini tidak akan dibiarkan berlaku. Lagi rendah bajet, lebih baik. Lagi banyak lebihan bajet setiap tahun lebih baik department itu. Kan lain tu?

Pernah juga saya bertanya sebelum ini, bolehkah kalau saya nak cadangkan untuk mentadbir fasiliti sebuah badan kerajaan yang saya lihat sangat berpotensi diniagakan tetapi terbiar menganggur tanpa penggunaan. Kata mereka "Kita tak sewakan kerana kita juga banyak penggunaannya". Tetapi itu sekadar cakap sahaja kerana orang macam saya ni memerhati sahaja. Kalau dalam 10 hari, hanay guna 1 hari, mengapa tidak gunakan lagi 9 hari untuk dibuka kepada umum.

Kadangkala saya hairan, dengan fasiliti hebat begitupun masih lagi pegawa-pegawai kerajaan menghadiri kursus-kursus jabatan, family day, mesyuarat di hotel-hotel.

Saya fikir, jikalah semua itu dapat digunakan kepada kadar penggunaan minima 70% sahaja, saya fikir gaji penjawat awam sebahagian boleh dibayar dengan pulangan utilisasi fasiliti ini. Kita beli projektor model terbaru pada hari ini dengan harga RM12,000 tapi gomen bayar RM20,000 kerana menggunakan LO siap dengan latihan sekali. Latihan pula buat di Rebak Marina, Langkawi selama 1 minggu hanya untuk belajar guna projektor. Kata pembekal, latihan itu PERCUMA. Mana tak percuma, barang RM12,000 (modal mungkin RM8,000) boleh jual harga RM20,000. Di swasta, kami dapat barang kami check terus di internet cara mengguna dan selak manual yang diberi...takde bajetnya nak buat latihan-latihan ni. Yang penting, boss nak tahu dah ada barang kena pakai. Bila dah pasang projektor canggih itu, di swasta selepas 5 tahun dah dipakai sehingga 20,000 jam sementara di kerajaan baru guna 1000 jam sahaja. Tapi selepas 5 tahun kedua-dua teknologi dah obsolete. Pada swasta, biar jahanam kerana digunakan bukan jahanam kerana disimpan.

PEMBAZIRAN SUMBER DAYA MANUSIA

Kerja satu orang dibuat oleh 10 orang. Itupun masih lambat lagi. Kemewahan bekerja sebenarnya ada dalam badan kerajaan. Sekalipun jika saya katakan begini akan ada orang gomen yang akan hentam saya kerana katanya orang gomen juga busy kena kerja sampai malam-malam macam orang swasta.

Pada saya mudah, saya sendiri tidak suka staff saya kerja sampai malam kerana pada saya ialah produktiviti dan bukannya jumlah waktu bekerja itu. Staff saya seorang boleh mentadbir beberapa tugasan serentak walaupun pulang kerja selewat-lewatnya jam 7 malam. Tapi di badan kerajaan, ada terlampau banyak lapisan yang dipanggil birokrasi. Tapi bila kita kata ada birokrasi, nanti marah pula mereka.

Contohnya, sebuah tugasan video 2 minit yang kami deliver terpaksa dinilai oleh beberapa orang yang tidak berada dalam sebuah mesyuarat keseluruhannya. Maka, kita tunjukkan dulu kepada mungkin pegawainya. Pegawai kata boleh tolong ubah A, B dan C kemudian lepas kita lakukan perubahan nanti Timbalan Pengarah kata kena ubah semula A kepada yang asal B dan C boleh tukar jadi G dan K. Sampai kepada pengarah nanti pada hari lainnya, pengarah pula kata kena tukar G kepada Y dan K tukar kepada B semula. Sampai kepada Ketua Pengarah, kena tukar X,Y,Z pula dan A,B dan C semua buat ikut draf pertama semula. Kesemua proses ini memakan masa 2 bulan

Semasa perjumpaan saya dengan Tan Sri Ambrin Buang kira-kira 4 tahun lalu di pejabatnya. Ketika itu urusan perkahwinan anak beliau. Ketika itu ada kami berbincang apabila beliau suarakan mengapa swasta mengenakan kerajaan caj lebih tinggi berbanding swasta dengan swasta. Saya jawabnya, jika proses bekerjanya mudah...pasti harganya juga murah. Tetapi untuk deliver sebuah video pendek memakan masa 2 bulan dengan pelbagai kerenah birokrasi, pasti harganya akan jadi tinggi. Solusinya, adakah tidak boleh jika dibuat terus yang KP itu sendiri yang melihat dari draf awalan lagi? ataupun serahkan kepercayaan membuat keputusan itu kepada bahagian yang ditugaskan. Vendor pun gembira, kerajaan pun tak kena caj tinggi. Terus terang, saya sendiri terpaksa inflate harga bayaran untuk kerajaan BUKAN kerana terma pembayaran dalam tempoh 2 minggu ke 2 bulan (Kalau Kementerian Belia dan Sukan lain sedikit...ada bill kami yang dah nak masuk 2 tahun masih belum bayar) tetapi disebabkan oleh prosidur birokrasi ini yang meningkatkan manhour. Manhour pula menjadi asas pengiraan kos bagi syarikat penyedia perkhidmatan seperti kami.

Ada banyak lagi contoh kerja sedikit dibuat oleh ramai orang. Kerajaan benar-benar memastikan semangat BERAT SAMA DIPIKUL RINGAN SAMA DIJINJING. Tapi kami di swasta pula mengamalkan BERAT SAMA DIPIKUL, RINGAN ANGKAT SENDIRI (jangan mengada-ngada angkat benda ringan pun ramai-ramai).

Saya bercadang nak tulis banyak lagi tentang cadangan kaedah-kaedah penjimatan kerajaan ini. Cuma jika saya ada masa nanti saya sambung. Banyak sangat dan saya yakin, peniaga kedai runcit di Felda Tementi juga boleh menulis kerana apa yang dibazirkan oleh kerajaan ini ialah perkara-perkara common sense sahaja. Tak perlu konsultan dari Amerika yang dibayar fees sehingga RM50 Juta dan berjaya menjimatkan 25 Juta dari perbelanjaan kerajaan. Asal rambut perang, asal speaking Mat Saleh asalkan dia orang putih...semuanya dialah yang pandai.

Saban tahun, penjawat awam selalu dapat bonus. Jarang-jarang tak dapat dan saban tahun juga kita lihat bangunan sahaja yang semakin cantik tetapi orang yang bekerja masih tak berubah banyak. Ada penambahbaikan lebih kurang tetapi tidaklah sampai mampu menyaingi effisensi pentadbiran swasta.

SAIFUL NANG
Usahawan Kampung
0 Komentar untuk "Tips Strategi Penjimatan Badan Kerajaan Dari Seorang Usahawan Kampung (Part 1)"

BORAK-BORAK HENSEM



POST BARU DAN PANAS !!!

- POLITIK FITNAH SEMAKIN MENJADI-JADI ANTARA PAS & UMNO DI MUSIM BANJIR !!! >>> KLIK
- GEMPAR !!! BUNUH DIRI KETIKA BANJIR AKIBAT TERTEKAN !!! >>> KLIK
- PENDEDAHAN !!! BENARKAH INI PESAWAT AIRASIA QZ8501 YANG DIKATAKAN TERHEMPAS ??? >>> KLIK
- KELU !!! TEAM SUKARELAWAN MAKLUMKAN RAMAI YANG TERKORBAN AKIBAT LEMAS !!! >>> KLIK
- SAYA BERMAIN GOLF DENGAN OBAMA DEMI DIPLOMASI NEGARA, NAJIB >>> KLIK


 
Copyright © 2014 Media Yang Hensem - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info