adsense Wanita Tipu Wang KWSP Pura-Pura Pengsan Selepas Kantoi !!! (GAMBAR + VIDEO) - Media Yang Hensem
Lazada Malaysia

Wanita Tipu Wang KWSP Pura-Pura Pengsan Selepas Kantoi !!! (GAMBAR + VIDEO)


Sebuah video yang berdurasi 55 saat menjadi viral sejak 3 Disember lalu apabila wanita yang dipercayai menipu orang ramai bagi mengeluarkan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ditahan di Kuala Lumpur Sentral.

Wanita yang berusia 48 tahun itu dipercayai menyediakan perkhidmatan kepada orang ramai yang mempunyai masalah kewangan di laman sosial dan mahu mengeluarkan wang KWSP dengan cara mudah selain membantu mendapatkan kelulusan pinjaman dari BANK. Dipercayai berasal dari Subang Jaya, wanita ini sudah aktif sejak 2011 juga turut menawarkan bantuan untuk menjual kereta dengan harga yang berpatutan selain membantu peminjam senarai hitam untuk membuat pinjaman.

Video yang dimuat naik oleh seorang pemilik akaun Facebook, T Annomey Bengkak dengan kapsyen ‘akhirnya tertangkap’ itu mendapat lebih 147 ribu penonton dan pelbagai komen dari orang ramai. Wanita dalam video itu dilihat ditahan oleh seorang lelaki dan wanita yang dipercayai menjadi mangsa penipuan sehingga kerugian RM700 hingga RM3,500 sebelum dikatakan membuat laporan di Pondok Polis KL Sentral.


Modus operandi yang digunakan wanita ini adalah dengan membuat mangsa terdesak untuk membuat pinjaman dan dia dikatakan dapat membantu memudahkan urusan pinjaman kerana mempunyai kenalan dengan pihak BANK. Mangsa kemudiannya akan dikenakan bayaran RM500 hingga RM5,000 sebelum membuat urusan pinjaman bank. Wanita itu juga menggunakan pelbagai alamat email bagi mengaburi orang ramai yang memerlukan bantuannya.

Annomey turut memuatnaik gambar wanita itu yang dibawa ke pondok polis untuk ditahan bagi siasatan dan mempersoalkan tindakan itu yang berpura-pura pengsan ketika berada laporan dibuat. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Muhammad Azlee mengesahkan kejadian seorang wanita yang ditahan di KL Sentral kerana didakwa menipu.

Menurutnya, suspek dirujuk ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi untuk siasatan. “Kita ada menerima maklumat satu kes penipuan melibatkan RM400 di daerah ini yang dilakukan suspek, namun pengadu enggan membuat laporan polis. “Kami merujuk kes ini di IPD Dang Wangi untuk siasatan,” katanya.

Akhirnya......Tertangkap.....
Ok sedikit background story:-
MAKCIK SYILAKER NI AMAT AKTIF MENIPU DENGAN MEMBUAT IKLAN2 ONLINE DI MAJALAH.COM DSB (FACEBOOK BELUM ADA LAGI). MODUS OPERANDI DIA:-
1. SIAPA2 YG KONTEK DIA, ADA MASALAH DENGAN MEMBUAT PINJAMAN/LOAN SEPERTI CCRIS, CTOS DSB
2. DIA AKAN MEMBUAT MANGSA TERDESAK DENGAN MEMBERIKAN MANGSA2NYA CCRIS REPORT/CTOS REPORT DAN MENGATAKAN AMAT SUKAR UTK MANGSA MEMBUAT PINJAMAN.
3. APABILA MANGSA NAMPAK TERDESAK...NAK BUAT PINJAMAN JUGAK...MAKA DIA AKAN SET TEMPAT PERTEMUAN...BAWAK LA SEMUA DOKUMEN2 YANG ADA SUPAYA DIA BOLEH 'TOLONG'.
4. SESIAPA YG NAK DIA TOLONG....KENA BAGI "UPFRONT" SEPERTI GAJI KEPADA "ORG2 DLM" BANK YANG KONON2NYA KABEL KUAT DENGAN DIA.
5. CAJ2 DIA BERMULA DARI 500-5K....RAMAI YG DAH TERKENA.

Tonton Video Di Bawah Ini : 

0 Komentar untuk "Wanita Tipu Wang KWSP Pura-Pura Pengsan Selepas Kantoi !!! (GAMBAR + VIDEO)"

BORAK-BORAK HENSEM



POST BARU DAN PANAS !!!

- POLITIK FITNAH SEMAKIN MENJADI-JADI ANTARA PAS & UMNO DI MUSIM BANJIR !!! >>> KLIK
- GEMPAR !!! BUNUH DIRI KETIKA BANJIR AKIBAT TERTEKAN !!! >>> KLIK
- PENDEDAHAN !!! BENARKAH INI PESAWAT AIRASIA QZ8501 YANG DIKATAKAN TERHEMPAS ??? >>> KLIK
- KELU !!! TEAM SUKARELAWAN MAKLUMKAN RAMAI YANG TERKORBAN AKIBAT LEMAS !!! >>> KLIK
- SAYA BERMAIN GOLF DENGAN OBAMA DEMI DIPLOMASI NEGARA, NAJIB >>> KLIK


 
Copyright © 2014 Media Yang Hensem - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info