Respons Daripada Anak Mangsa Sendiri :
Batu Pahat: Seorang pesara guru cedera di tangan dan kepala apabila ditetak seorang penyamun dalam kejadian di Kampung Parit Yaani Tengah di sini, pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira 7 pagi itu, mangsa, Mohd Fadhil Sayuti, 73, pada mulanya cuba membantu isterinya, Zainab Tarmidi, 59, yang ternampak kelibat seorang lelaki bertopeng di belakang rumah mereka.
Menurut anak mangsa, Hajarul Aisyah Mohd Fadhil, 26, ibu bapanya tinggal berdua ketika kejadian dan penyamun terbabit sempat melarikan barang kemas ibunya sebelum melarikan diri.
"Sebaik ternampak lelaki terbabit, ibu menjerit dan bapa terus ke belakang rumah untuk melihat sebelum berlaku pergelutan dengan penyamun itu," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Din Ahmad ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan siasatan lanjut sedang dijalankan.
0 Komentar untuk "Zalim !!! Bekas Guru Disamun Ditetak Sehingga Terima 15 Jahitan Di Kepala !!!"