adsense Kes Buli Artis Zamani Slam Di Lokap - Anggota Polis Kini Dikenalpasti - Media Yang Hensem
Lazada Malaysia

Kes Buli Artis Zamani Slam Di Lokap - Anggota Polis Kini Dikenalpasti


Berikutan daripada dakwaan penyebaran klip penyanyi Zamani semasa dalam tahanan polis baru-baru ini, pihak Polis sangat memandang serius terhadap perbuatan tersebut. Sehubungan itu, siasatan sedang dijalankan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Hasil siasatan awal setakat ini, pihak polis telah berjaya mengenalpasti anggota polis yang terlibat dan bertanggungjawab dalam merakam dan menyebarkan video tersebut. Disamping itu, Polis Selangor juga masih meneruskan siasatan untuk mengenalpasti pegawai dan anggota lain yang terlibat sama dalam menyebarkan video berkenaan.

Siasatan akan dilengkapkan secepat mungkin dan akan dikemukakan kepada Timbalan Pendakwaraya untuk tindakan selanjutnya.

Disamping itu, siasatan dalaman dari segi salahlaku dan pematuhan Standard Operating Prosedure (SOP) juga sedang dijalankan oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) PDRM Kontinjen Selangor.

Polis Selangor memberi jaminan bahawa siasatan yang telus akan dijalankan tanpa melindungi sesiapa, telahpun dilaksanakan dan tindakan dalaman mengikut peraturan tatatertib akan dikenakan terhadap anggota-anggota polis yang terlibat.

Ketua Polis Selangor



0 Komentar untuk "Kes Buli Artis Zamani Slam Di Lokap - Anggota Polis Kini Dikenalpasti"

BORAK-BORAK HENSEM



POST BARU DAN PANAS !!!

- POLITIK FITNAH SEMAKIN MENJADI-JADI ANTARA PAS & UMNO DI MUSIM BANJIR !!! >>> KLIK
- GEMPAR !!! BUNUH DIRI KETIKA BANJIR AKIBAT TERTEKAN !!! >>> KLIK
- PENDEDAHAN !!! BENARKAH INI PESAWAT AIRASIA QZ8501 YANG DIKATAKAN TERHEMPAS ??? >>> KLIK
- KELU !!! TEAM SUKARELAWAN MAKLUMKAN RAMAI YANG TERKORBAN AKIBAT LEMAS !!! >>> KLIK
- SAYA BERMAIN GOLF DENGAN OBAMA DEMI DIPLOMASI NEGARA, NAJIB >>> KLIK


 
Copyright © 2014 Media Yang Hensem - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info