Diceritakan oleh Abdul Latip Talib...
Saya pernah dihukum penjara di Malaysia selama 6 bulan kerana memiliki passport yang telah tamat tempohnya. Demikian kata Imam Muda Kemboja ini yang saya temui semasa menghantar bantuan ke Kemboja. Bagaimana dengan layanan yang tuan terima semasa dalam penjara? Tanya saya pula. Jawabnya, Alhamdulillah kerana saya pandai membaca Al-Quran dan ada sedikit ilmu agama maka saya disuruh mengajar para banduan dengan ilmu agama, begitu ceritanya.
Berita mengenai anak muda ini yang menghabiskan masa selama 6 bulan dalam penjara dengan membaca Al-Quran dan mengajar banduan ilmu agama pernah tersebar dan menjadi viral sebelum ini.
Menurutnya lagi beliau balik ke kemboja kerana Ayah dan Ibunya telah uzur dan sakit. Bercita-cita mahu datang ke Malaysia lagi kerana beliau pernah menjadi Imam di Masjid Petaling.
Sebelum kami berpisah anak uda yang bersuara merdu ini apabila membaca Al-Quran dan fasih bercakap melayu itu berbisik pada saya, saya malu tapi terpaksa, sekarang saya tidak ada kerja menjaga ayah dan ibu yang sakit. Mereka perlukan makanan dan perubatan. Saya ada hajat dengan Pak Latip....
Sesiapa yang ingin membantu imam muda Ustaz Nafsyam Yakon, bekas pelajar Maahad Tahfiz An-Nur Kesang Laut, Muar yang juga pernah menjadi imam masjid petaling, yang kini berada di Phnom Penh kerana menjaga ayah dan ibunya yang sakit boleh terus masukkan wang ke no akaun berikut :
Cabodian Public Bank Account = 0100 230 161 532 (Yakob Saleh - Ayah Nafsyam)
Ini kerana Ustaz Nafsyam tidak punya akaun bank.
Untuk penjelasan lebih lanjut boleh terus hubungi beliau melalui talian :
+855 9662 07372 (Ustaz Nafsyam) atau ayah beliau +855 9785 0027 (Yakob Saleh)
Semoga derma yang kita berikan dapat membantu beliau.
Video alunan merdu suara dalam penjara yang menjadi viral tempoh hari :
0 Komentar untuk "Khabar Terbaru Imam Muda Bersuara Lunak Dari Penjara (TERKINI)"