Kepada mereka yang sudah bergelar suami sudah tentu tahu dimana saat yang paling mendebarkan adalah ketika melafazkan akad nikah.
Tidak dinafikan ramai yang tersasul ketika melafazkan "Aku terima nikahnya..." kerana rasa gementar lebih-lebih lagi dihadapan orang ramai dan dengan lafaz itulah seorang lelaki sah bergelar suami.
Di sini dikongsikan satu video dari brunei yang mana bakal pengantin lelaki yang ingin menyebut nilai mas kahwinnya sebanyak B$3 (disebut tiga ringgit) sedangkan jumlah sebenarnya ialah B$300.
Oleh kerana si pengantin lelaki ketawa sangat comel, moment ini sangat-sangat melucukan.
Jom saksikan video yang mencuit hati ini :
0 Komentar untuk "Lucu ! Pengantin Tersasul Ketika Akad Nikah Menjadi "3 Ringgit Tunai" (VIDEO)"