Sambungan cerita dari mama... Abby Hassan
Sebenarnya Abby tidak suka bercerita sedih sedih di FB. Abby positifkan diri utk gembira sebaik bangun tidur..tetapi permintaan yg banyak utk mendengar cerita Abby Hassan pasal Amanda makanya abby bercerita lagi.
Sambungan dari cerita sebaik selepas melahirkan amanda.
13.12.2008 secara pembedahan jam 7.15pagi Amanda selamat dikeluarkan dr perut mama ni. Ada satu perasaan yg keluar dr naluri ibu ini. Sempurnakah anakku? Ketika ditunjukkan jantina perempuan.abby rasa amat bersyukur sangat. Mmg abby nak baby perempuan. Tetapi sebaik abby bertanya dari nurse. Bagai nak luluh hati ini. Nurse ckp.. "anak kak sihat...comel sangat..tapi...tapi....." perkataan tapi..tapi.. terhenti disitu. Dia tak boleh sambungkan lg. Ya Tuhan..hati ibu mana lah dapat terima ayat TAPI waktu itu.
Dalam keadaan masih lg lemah,Doktor Inder singh (INS Specialist) datang dan bg semangat.
Ayah amanda mantan suami abby terus pengsan sebaik mendengar berita itu. Abby hanya tahu menangis dan menangis... ya Allah apakah salahku...? Dosa apakah aku? Why me? Why me? Kenapa aku yg Engkau pilih. Waktu.itu mmg tidak fikir lain..kecuali apa yg Allah bg adalah.mgkin pembalasan dari apa dosa dosa lampau. Selama 3 hari di hospital abby menangis. Doktor dan nurse datang berkali kali.memujuk abby sbb Abby tidak.mahu berjmpa Amanda. Mmg abby kejam.waktu tu. Abby tak dapat terima apa yg Allah bagi.
Mengapa abby yg Allah pilih? Why why why...???? Persoalan yg tiada jawapan.
Sebaik bangun tidur..abby pasti fikir..abby hanya bermimpi.melahirkan anak yg tiada tangan.
0 Komentar untuk "Sayu !!! Kisah Adik Amanda Tanpa Tangan Diceritakan Ibunya Ketika Awal Kelahiran"