adsense Sayu...Perkongsian Kisah Jasa Abah Ketika Menghembuskan Nafas Terakhir - Raja Shamri - Media Yang Hensem
Lazada Malaysia

Sayu...Perkongsian Kisah Jasa Abah Ketika Menghembuskan Nafas Terakhir - Raja Shamri



Hari ni genap 3 tahun abah meninggal dunia. Masih ingat seminggu selepas abah pergi meninggalkan kami, saya dah mula start travel balik setelah lebih kurang dua minggu bercuti jaga abah sehinggalah beliau menghambuskan nafas yang terakhir.

Nasib baiklah masa tu semua program training saya sempat dan boleh di tolak serta di tangguhkan disaat abah sedang nazak. Cuma ada satu program di MRSM Kuala Krai yg saya accept tupun saya accept sebab dekat ... program tu pada hari khamis untuk 2 jam je dan pada malam tulah abah meninggal.

Malam abah meninggal tu saya ucapkan terima kasih atas doa, keprihatinan, sokongan dan semangat, tahlil arwah dan ucapan salam takziah yang saya terima dari ramai sangat ... rasanya seluruh dunia ada yg menghantar salam takziah ... ada sekolah dan ipt yang buat solat hajat, bacaan yasin dan juga tahlil untk abah sepanjang abah sakit dan juga selepas abah meninggal ... rasa terharu sangat ... sebab rasanya abah, saya dan keluarga rasanya hanyalah manusia biasa saja ... dan kami masih menetap di kampung dirumah peninggalan arwah abah dikelilingi pokok getah juga peninggalan arwah abah ...

Masa tu dua minggu bercuti terasa sekejap saja sebab sepanjang hari dalam minggu2 tersebut terasa berlalu begitu pantas.

Bermula kelas terakhr PhD di uitm bersama Prof Dr. Ismail Ahmad bilamana kelas tu berakhir lewat petang .. rasanya dah malam dah sampai rumah di Pasir Puteh ... lepas solat isyak tengok abah semakin sesak nafas terus cakap kat Mak nak bawak abah ke Hospital ... takde transport nak bawak abah dan mereka just mengharapkan saya sebab adik2 semua bekerja jauh2 dan yang bongsu masih kat UMP ...

Masih ingat ... lepas mak bersiap saya gagahkan keringat papah abah ke kereta biarpun masa tu dah hampir pukul 11 malam ... masa tu penat sangat sebab dah seharian kelas PHd ... sampai hospital orang ramai sangat kat emergency ... abah menunggu dgn sabar dan saya temankan abah sampailah ke bilik x-ray ... masa tu rasa lesu dan lemah sangat tengok filem x-ray ... paru2 abah hanya tinggal dalam 20% saja lagi ... yang lain dah rosak ... sel kanser jelas ternampak di bahagian kanan paru2 abah ... barah pundi kencing abah dah merebak ke paru-paru ...

Malam tu jugak abah di masukkan ke wad maka mlm tu mak terus temankan abah ... makpun dah tak berapa sihat sebab malam2 sebelum tu abah dah tak tidur asyik lelah dan sukar bernafas. 

Saya terpaksa balik ke rumah untuk salin baju dan uruskan perkara-perkara lain ...

Esok paginya pagi2 lagi bergegas ke hospital ... masa tu abah belum lagi guna lagi mesin oxygen ... tapi abah nampak sangat tak selesa ... abah mintak urutkan tangan kiri dia yang semakin lemah katanya tak boleh nak angkat so spend sepanjang hari di hospital bersama abah uruskan makan minum mak dan abah ... hantar mak balik berehat kat rumah dan temani abah kat hospital... begitulah rutin hari2 di hospital ... saya masih ingat saya sms gambar abah kat adik2 mintak diorang semua consider baliklah jenguk abah ...



Hari kedua dan seterusnya abah semakin kritikal ... abah dah tak boleh berjalan sendiri ke tandas .. lelah semakin kronik dan abah dah mula guna mesin oxygen ... pegawai hospital dari unit khidmat sosial dah mula ikhtiarkan mesin oxygen dari MAKNA untuk abah gunakan kat rumah ... semua doktor yang datang jumpa abah seperti tak mahu berikhtiar apa2pun sebab abah ada kanser ... mereka just bagi ubat nebulizer bila abah lelah .. itu aja ... dan ikhtiarkan abah untuk next appointment dengan HUSM ...

Hari kedua abah dah makin lemah ... Masa tulah saya order tru online vitamin B17 dari mexico ... biarpun orang kata abah dah tak boleh sembuh sebab kenser tapi saya masih nak iktiarkan jugak ... bukan untuk sembuhkan abah sebab yan sembuhkan abah bukan saya mahupun B17 tapi Allah yang sembuhkan abah ... sekurang-kurangnya saya nak lakukan sedaya mungkin, sebaik mungkin unntuk abah ... biarlah ada yg mengatakan untuk apa bazirkan duit beribu2 macam tu sebab abah ni pengidap kanser ... biarlah orang nak kata apa tapi hati kecik ini takkan berdiam diri ikhtiarkan sesuatu untuk abah ... sebab abah hanya satu dalam dunia ni ...

Abah dah mula guna mesin Oxygen ... Hari demi hari abah semakin kurus berat badan susut rasanya lebih 10 kg dalam seminggu sehinggalah bila mesin oxygen tu sampai abah dibenarkan balik ... dari air muka doktor dan nurse memang mereka sendirpun seperti tahu abah dah tak ada harapan dan hari tu jugak B17 yang di order tu sampai ... masa tu dah dua tiga malam tak tidur sebab abah makin kritikal .. abah dah tak boleh tidur sebab sesak nafas .. badan abah sentiasa panas sebab mutasi sel kanser tu ... saya tidur di parking lot hospital sebab bimbang apa2 perkara berlaku kat abah ... abah dah tak boleh makan .. minum air zam-zam je ...

Pagi2 lepas solat subuh saya nak tengok abah... saya nak jadi manusia pertama bagi salam kat abah tapi abah makin tenat ... abah tak nak saya temankan dia dalam wad sebab tak nak susahkan saya sebab dia tahu kaki palsu saya tak boleh guna sepanjang hari kena rehatkan jugak ... abah tetap pikirkan saya walaupun dia sendiri dlm keadaan kritikal .. sedih sangat ... dlm keadaan macam tupun abah masih tak nak susahkan sesiapa ...

Hari abah dapat discharge tu tunggu ambulance lamaaa sangat .. dari pukul 9 pagi dapat discharge pukul 4 petang baru boleh naik ambulance ... saya temankan abah dlm ambulance bawak balik rumah dan abah masa tu lemah sangat2 ... saya dah belikan katil dan tilam baru untuk abah ... sampai je di rumah ramai2 angkat abah ke katil ... abah dah tak boleh berjalan dan seratus peratus guna mesin oxygen ...

saya letak je abah atas kati terus call Dr. Hadi untuk inject B17 ... malam tu Dr. Hadi datang terus inject B17 dan abah nampak reda sikit ... sehari berlalu rasa macam seminit cepat masa berlalu ... adik2 dan sedara mara abah dah mula ramai yang balik untuk tengok abah ...

Abah nampak amat positif dan sedikit bertenaga ... setiap hari abah tanyakan doktor Hadi bila nak datang ... abah nak doktor hadi terus inject b17 ... abah tetap nak melawan kenser tu walaupun dia sendiri tak pasti keputusannya ... abah tak pernah mengeluh ... dua hari di rumah abah dah tak guna mesin oxygen .... alhamdulillah ... b17 nampaknya bnyk membantu tapi badan abah semakin lemah... abah tak boleh makan dan minum dah masa tu sebab dlm mulut dah naik keputihan ... abah jadi semakin tak bermaya ... saya dah tak ingat bila kali terakhir tidur ... masa program di mrsm kuala krai tu saya gagahkan jugak sebab itu jemputan khas dan dah lama mereka booking ... tak sampai hati nak tolak lagipun dekat je tak perlu outstation jauh dan bermalam ...

hari rabu sehari sebelum abah meninggal saya solat berjemaah dengan abah ... ambikkan wudhuk untuk abah .. basuh muka tangan dan kaki abah ... saya bisikkan ke telinga abah ... " Abah ... abang sayang abah sangat-sangat." Abah genggam tangan saya ... abah tenung muka saya dan saya dengar suara abah tersekat-sekat mahu berkata sesuatu ... saya dekatkan telinga dan terngiang2 kedengaran kata-kata abah ... "Maafkan abah ... abang jaga mak ya ... "

Saya imamkan solat jemaah bersama mak dan adik2 sambil air mata keluar tak boleh kawal di tepi tempat abah baring ... selesai solat dan bacakan yasin ... tiba2 abah mintak nak mandi ... kami rasa gembira sangat sebab abah seperti dah ok sikit ... ramai2 usung abah letak atas wheelchair dan mandikan abah .. rupa2nya abah nak bersihkan diri dia sebelum mengadap Allah ... saya tak tahu ... just masa tu hanya doa untuk abah ...

abah cakap dada rasa panas ... saya tahu sel kanser tu bermutasi dan semua pesakit kanser rasa macam tu ... saya sabunkan badan abah mandikan dia ... lapkan badan abah angkat abah salinkan pampers abah ... letak bedak sikatkan rambut abah ... rasa sayangggg sangat kat abah masa tu ... abah pegang lagi tangan saya dan seperti ingin berkata-kata lagi ... saya dekatkan telinga dan terdengar suara abah ... " Abah sayang abang ... terima kasih ... " ...

hari khamis 5 hari selepas abah keluar wad ... pagi sampai tengah hari saya berceramah untuk parents dan pelajar di mrsm kuala krai ... saya rasa bertenaga sangat masa bagi talk tu ... rasa nak kongsi segala2nya yang abah ajar pada saya dengan peserta ... tentang prinsip hidup, tentang pengorbanan, tentang ketakwaan dan sebagainya ... habis program terus pecut balik rumah sampai dlm pukul 4.00 petang ... pagi tu sebelum ke kuala krai sempat cium tangan abah cium dahi ... salam ... peluk abah ... abah angkat tangan lambai ...

pukul 5.00 petang lepas solat asar rasa buntu kejap ... fikiran rasa terawang2 ... mak buatkan air teh panas ... saya duduk atas kerusi malas abah .. kerusi yang abah selalu duduk dulu masa dia sihat ... sampai pukul 6.30 petang .... termenung sendirian ... dekat masuk waktu maghrib saya ajak semua adik2 solat berjemaah dengan abah sebab malam tu ada majlis bacaan yasin untuk abah bersama jemaah masjid lepas solat isyak ...
saya pergi ke tempat abah baring dan cakap kat abah ... " abah ... kita solat berjemaah ye", ... abah just angguk ... saya hamparkan sejadah tepi abah, mak dan adik2 kat belakang ... saya imamkan solat ... lepas tu bacakan doa ... kemudian saya mintak semua adik2 dan mak bersama2 bacakan yasin untuk abah ...

saya duduk berdekatan kepala abah sambil mak dan adik2 mengelilingi abah ... tengah2 baca yasin air muka abah berubah perlahan2 ... abah seperti semakin pucat ... selesai je baca yasin saya terus ke sebelah kanan abah ... peluk abah usap dahi dan pegang tangan kanan abah sambil ajarkan abah ... "laaaailaaaaha illallahhh .." bibir abah bergerak2 untuk beberapa kali ... saya ajarkan untuk beberapa kali ... nafas abah mula tersekat2 ... mak dan adik2 dah mula keluarkan air mata ... Laaailaa ha illallahhh ....

Abah hembuskan nafas terakhir dalam pelukan saya pada malam jumaat selesai solat berjemaah dan baca Yasin dikelilingi semua anak2 abah ... Inalillahi wainna ilaihi roji'un ...Abah rehat ye ...

Saya selimutkan abah dan sejurus tu jugak azan isyak berkumandang ... air mata dah tak terkeluar ... saya rasa puas ... puas sebab diizinkan Allah untuk berbakti kepada abah semaksimum mungkin setakat yang saya mampu ...

malam tu selesai solat isyak, jemaah masjid datang untuk majlis bacaan yasin terus dikhabarkan berita kematian abah ... terus mereka ramai2 bacakan yasin ... malam tu jugak kerja nak uruskan jenzah abah jadi mudah sebab ramai yang sudah datang untuk majlis bacaan yasin tu .. kalau tidak susah jugak nak cari orang malam2 macam tu sebab rumah kami jauh dalam kebun getah .. jauh dari rumah orang lain ...

Pak imam dah datang .. tukang gali kuburpun ada ... tukang mandikan jenzah dah ada semua terus di agih2kan tugas .... saya tak boleh nak lelapkan mata ... rasa seperti mimpi ... rasa macam tak percaya ... tapi abah memang dah pergi ...

Esok pagi saya pakai baju abah ... jubah hijau yang saya belikan untuk abah satu masa dahulu ... abah sempat pakai sekali aja ... pukul 9 tukang mandikan jenazah tiba ... saya mandikan jenzah abah bersama2 dengan dia ... lembut sangat jari jemari2 abah ... badan abah dah bersih sebab dia sudah mandi malam sebelum tu ... takde najispun yang keluar sebab abah dah tak makan tak minum beberapa hari sebelum tu ...

Masa kapankan abah tulah baru air mata saya keluar masa tu tak tahan sangat2 ... tengok mak disisi abah ... rasa sayu rasa sedih sangat ... abah terlalu bnyk berjasa ... menyokong saya dlm segala usaha saya... sentiasa berikan saya dorongan ...

abahlah yg membina saya sehingga jadi seperti sekarang ... abahlah yang pinjam duit merata2 nak belikan saya buku2 .. nak belikan saya kaki palsu ... abahlah yang tak malu mengaku saya anak dia walaupun saya cacat .. abah sentiasa bawak saya kemana2 dia pergi .. abah terima saya dan besarkan asya sepenuh hati dia ... diwaktu semua orang katakan TIDAK pada saya ... abah kata YA ...

selesai kapankan abah ... saya buat ucapan sikit mintak tetamu solat jenazah untuk abah ... masa tu cuaca baik sangat ... solat jenazah melimpah ke luar rumah ...

Selesai solat jenazah ... angkat je jenazah abah tiba2 hujan mula merintik ... keluar je rumah hujan makin lebat ... Ya Allahhhhh ... rahmatmu ke atas abah ... air mata saya semakin laju ... begitu juga hujan yang mula merenyai ... nasib baik kubur dekat dengan rumah ... jalan kaki je ... saya di tengah payungkan abah tangan kiri dan tangan kanan pikul mayat abah ... laju sangat mereka usung jenzah ke kubur disebabkan hujan mula merenyai seoalah kubur begitu menunggu kedatangan abah ...

Sampai dikubur saya terjun ke dalam liang biarpun beberapa orang melarang bimbangkan saya sukar untk bergerak berkaki palsu sebab hujan dan becak sikit ...

ahhh ... ini untuk abah .. saya satu2 nya anak lelaki dan saya nak sambut jenazah abah dlm kubur ... saya peluk abah dari atas letak abah dlm liang .... buka kain kapan bahagian muka abah kepal2kan tanah letak di dahi, muka, bahu abah ... bacakan alfatihah dan selawat .... tutup kain kapan dan saya mula menimbus kuburan abah bersama orang kampung ... talkin dibacakan dlm hujan renyai2 ... badan saya basah kuyup ... selesai kebumikan abah hujan mula reda ... hujan yang seolah2 mengiringi jenazah ke kubur seolah2 memberikan satu rahmat kepada abah dan sekalian makhluk pada hari tu ...

Abah ... saya dah cuba berikan yang terbaik untuk abah ... saya nak kongsi segala yang abah pernah ajarkan saya dengan semua diluar sana...

bagaimana abah besarkan saya yang cacat ini menjadi seorang pempimpin pelajar dalam dan luar nergara, pemimpin masyarakat, seorang lelaki, seorang anak... pengorbanan abah untuk saya .. penerimaan abah, pengorbanan membesarkan anak2 dlm keadaan kemiskinan dan ketakwaan ... 13 prinsip hidup abah dan segala-galanya ...

abah akan sentiasa dalam doa saya sebab bagi saya abah sentiasa hidup ... abah sentiasa bersama saya selamanya ... Walaupun kadangkala saya rasa sangat keseorangan tanpa abah ...

Al-Fatihah untuk abah ...

Raja Shamri
19 Januari 2015


0 Komentar untuk "Sayu...Perkongsian Kisah Jasa Abah Ketika Menghembuskan Nafas Terakhir - Raja Shamri"

BORAK-BORAK HENSEM



POST BARU DAN PANAS !!!

- POLITIK FITNAH SEMAKIN MENJADI-JADI ANTARA PAS & UMNO DI MUSIM BANJIR !!! >>> KLIK
- GEMPAR !!! BUNUH DIRI KETIKA BANJIR AKIBAT TERTEKAN !!! >>> KLIK
- PENDEDAHAN !!! BENARKAH INI PESAWAT AIRASIA QZ8501 YANG DIKATAKAN TERHEMPAS ??? >>> KLIK
- KELU !!! TEAM SUKARELAWAN MAKLUMKAN RAMAI YANG TERKORBAN AKIBAT LEMAS !!! >>> KLIK
- SAYA BERMAIN GOLF DENGAN OBAMA DEMI DIPLOMASI NEGARA, NAJIB >>> KLIK


 
Copyright © 2014 Media Yang Hensem - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info