Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian pada petang Selasa.
Menurut anaknya, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, ayahnya dimasukkan ke ICU selepas dimasukkan ke hospital pada malam Isnin.
"Petang ini ayahanda (Nik Aziz) dimasukkan ke ICU di HUSM selepas ke hospital sejak malam tadi. Seperti yang saya maklumkan semalam, kesihatan ayahanda agak menurun ketika banjir baru-baru ini.
"Saya insyaAllah akan sentiasa memaklumkan perkembangan ayahnda dari semasa ke semasa. Saya sendiri dalam perjalanan pulang dari Pulau Pinang," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di akaun Facebook milik Musryidul Am PAS itu pada petang Selasa.
Nik Mohamad Abduh yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas berkata, beliau meminta semua pihak supaya mendoakan ayahnya agar kembali sihat.
"Doakan semoga ayahanda kembali sihat. Terima kasih," katanya lagi.
Nik Mohamad Abduh dalam satu kenyataan pada Selasa memberitahu ayahnya dalam situasi 'uzur biasa' dan bekas Menteri Besar Kelantan itu juga boleh menjalani aktiviti hariannya seperti berjalan dan membaca.
"Ayahanda dalam keadaan uzur biasa. Dalam sebulan akhir ini, ayahanda tidak solat di masjid kerana keletihan dan hanya berada di rumah dan melakukan aktiviti biasa seperti berjalan, membaca dan rehat," katanya.
Sultan Kelantan turut mencemar dulu melawat Nik Aziz di HUSM turut hadir Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yaacob.
Penjelasan itu sekaligus menafikan dakwaan tidak bertanggungjawab di media sosial sejak awal pagi Isnin bahawa Nik Abdul Aziz yang baharu menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-84 pada 10 Januari lalu berada dalam keadaan nazak.
0 Komentar untuk "TERKINI - Tuan Guru Nik Abdul Aziz Stabil Di ICU Hospital Kubang Kerian (GAMBAR)"