adsense Adik Berumur 14 Tahun Ini Ditahan Polis Di Airport Akibat Ingin Berjihad Di Syria - Media Yang Hensem
Lazada Malaysia

Adik Berumur 14 Tahun Ini Ditahan Polis Di Airport Akibat Ingin Berjihad Di Syria





Kuala Lumpur: Merancang untuk berkahwin sebelum berjihad di Syria, itu cuba dilakukan seorang remaja perempuan berusia 14 tahun yang ditahan polis selepas disyaki terbabit dalam kegiatan militan, petang semalam.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, remaja terbabit berasal dari Muar, Johor dan belajar di institut tahfiz di Shah Alam, Selangor.

Menurutnya, gadis terbabit ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ketika dalam perjalanan ke Mesir sebelum menyusup masuk ke Syria.

“Siasatan awal mendedahkan suspek terpengaruh untuk menyertai militan di Syria selepas berinteraksi melalui Facebook dengan dua individu yang mempengaruhinya untuk menyertai kumpulan itu.

“Suspek juga merancang untuk berkahwin dengan seorang rakyat Malaysia yang sedang melanjutkan pengajian di Mesir sebelum disyaki akan menyusup masuk ke Syria bagi menyertai kumpulan pengganas di negara terbabit,” katanya.

Khalid berkata, polis masih menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti individu yang menjadi dalang dalam merekrut gadis Malaysia untuk menyertai kumpulan militan di Syria.

“Dia ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Bab Via-kesalahan berkaitan dengan keganasan, Kanun Keseksaan (Akta 574) dan akan disiasat mengikut Prosedur di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Akta 747).
0 Komentar untuk "Adik Berumur 14 Tahun Ini Ditahan Polis Di Airport Akibat Ingin Berjihad Di Syria"

BORAK-BORAK HENSEM



POST BARU DAN PANAS !!!

- POLITIK FITNAH SEMAKIN MENJADI-JADI ANTARA PAS & UMNO DI MUSIM BANJIR !!! >>> KLIK
- GEMPAR !!! BUNUH DIRI KETIKA BANJIR AKIBAT TERTEKAN !!! >>> KLIK
- PENDEDAHAN !!! BENARKAH INI PESAWAT AIRASIA QZ8501 YANG DIKATAKAN TERHEMPAS ??? >>> KLIK
- KELU !!! TEAM SUKARELAWAN MAKLUMKAN RAMAI YANG TERKORBAN AKIBAT LEMAS !!! >>> KLIK
- SAYA BERMAIN GOLF DENGAN OBAMA DEMI DIPLOMASI NEGARA, NAJIB >>> KLIK


 
Copyright © 2014 Media Yang Hensem - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info