adsense Akhirnya Pembunuh Nursyuhada Akan Dihukum Ke Tali Gantung Sampai Mati !!! - Media Yang Hensem
Lazada Malaysia

Akhirnya Pembunuh Nursyuhada Akan Dihukum Ke Tali Gantung Sampai Mati !!!




Taiping: Seorang tukang masak didakwa di Mahkamah Majistret di sini, sebentar tadi atas pertuduhan membunuh seorang pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Eyu Ghim Siang , tertuduh Syarafi Abu, 25, menggelengkan kepala sebagai tanda tidak memahami pertuduhan dibacakan itu.

BACA : Masalah Mental Punca Siswi UiTM Dibunuh

Mengikut pertuduhan, dia didakwa membunuh Nur Syuhada Johari, 20, penuntut UiTM kampus Permatang Pauh Pulau Pinang di Kilometer 228.2, Lebuhraya PLUS dekat Bukit Gantang, 2 Februari lalu kira-kira 11.55 pagi.

Timbalan Pendakwa Raya Mohd Amril Johari memohon mahkamah menetapkan tarikh lain untuk sebutan semula kes berikutan laporan bedah siasat dan kimia masih belum siap.

Atas pertuduhan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati.

Eyu kemudiannya menetapkan tarikh sebutan semula kes pada 21 April ini.

Terdahulu, Syarafi dipercayai mengelar leher Syuhada sampai mati di lebuh raya sebelum berjaya ditahan orang ramai.

BACA : Pembunuh Itu Selalu Ganggu Anak Saya Semenjak Tingkatan 5 Lagi - Bapa Arwah Nursyuhada
0 Komentar untuk "Akhirnya Pembunuh Nursyuhada Akan Dihukum Ke Tali Gantung Sampai Mati !!!"

BORAK-BORAK HENSEM



POST BARU DAN PANAS !!!

- POLITIK FITNAH SEMAKIN MENJADI-JADI ANTARA PAS & UMNO DI MUSIM BANJIR !!! >>> KLIK
- GEMPAR !!! BUNUH DIRI KETIKA BANJIR AKIBAT TERTEKAN !!! >>> KLIK
- PENDEDAHAN !!! BENARKAH INI PESAWAT AIRASIA QZ8501 YANG DIKATAKAN TERHEMPAS ??? >>> KLIK
- KELU !!! TEAM SUKARELAWAN MAKLUMKAN RAMAI YANG TERKORBAN AKIBAT LEMAS !!! >>> KLIK
- SAYA BERMAIN GOLF DENGAN OBAMA DEMI DIPLOMASI NEGARA, NAJIB >>> KLIK


 
Copyright © 2014 Media Yang Hensem - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info