adsense Siswi UiTM Meninggal Dunia Akibat Ditikam Teman Lelaki - Media Yang Hensem
Lazada Malaysia

Siswi UiTM Meninggal Dunia Akibat Ditikam Teman Lelaki




Taiping: Suspek kes bunuh seorang siswi yang dikelar dan ditikam di Kilometer 228.2 Lebuhraya PLUS arah selatan berhampiran Bukit Gantang, semalam direman selama tujuh hari, bermula hari ini. Suspek yang berusia 25 tahun dibawa ke Balai Polis Parit Buntar, dekat sini, kira-kira 10 pagi tadi untuk proses permohonan tahanan reman.

BACA : Masalah Mental Punca Siswi UiTM Dibunuh

Majistret Rosnee Mohd Radzuan, yang hadir ke balai polis berkenaan membenarkan suspek direman sehingga 9 Februari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Pemuda yang juga dipercayai teman lelaki mangsa dan bekerja sebagai tukang masak di Melaka, kemudian dibawa semula ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping kira-kira 10.45 pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira 12 tengah hari semalam, mangsa, Norsyuhada Johari, 20 pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Permatang Pauh Pulau Pinang, meninggal dunia di Hospital Kuala Kangsar, dekat sini kira-kira 2 petang ketika sedang mendapatkan rawatan.




DILARIKAN TEMAN LELAKI

Menurut keluarga mangsa yang enggan dikenali lelaki tersebut telah  menculik Syuhada terlebih dahulu sebelum melarikan mangsa.

Menurut ibu mangsa ada kawan Syuhada telah menghubunginya sebelum itu untuk memaklumkan bahawa mangsa telah dilarikan suspek berumur 25 tahun itu yang bekerja di sebagai tukang masak di Melaka itu.

Seorang ahli keluarga mangsa yang tidak mahu dikelali telah menceritkan bahawa suspek telah menaiki kereta memasuki kawasan kampus UITM Permatang Pauh sebelum memaksa mangsa naik kereta dan beredar.

“Rakan-rakan melarangnya mengikut lelaki itu tetapi mungkin semasa kejadian dia berfikir boleh menenteramkan suspek,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Kuala Kangsar, semalam.



MANGSA BUKA PINTU KERETA DAN JATUH SELEPAS DIKELAR

Pemangku Ketua Polis Daerah Taiping Superintendan Ismail Che Isa berkata, dalam kejadian itu, mangsa yang juga seorang penuntut institut pengajian tinggi berusia 20 tahun dikatakan membuka pintu keretanya yang diletakkan di lorong kecemasan dan terus terjatuh di atas jalan.

Menurutnya, seorang lelaki kemudian keluar dari kereta itu dan menariknya ke tempat besi penghadang jalan sebelum cuba melarikan diri ke hutan berhampiran.

"Orang ramai yang melihat kejadian itu segera menangkap suspek yang berusia 25 tahun," katanya.
Beliau berkata, mangsa dibawa ke Hospital Kuala Kangsar untuk menerima rawatan tetapi disahkan meninggal dunia dua jam kemudian.

Katanya, polis turut menemui pisau yang mempunyai kesan darah dalam semak berhampiran tempat kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
0 Komentar untuk "Siswi UiTM Meninggal Dunia Akibat Ditikam Teman Lelaki"

BORAK-BORAK HENSEM



POST BARU DAN PANAS !!!

- POLITIK FITNAH SEMAKIN MENJADI-JADI ANTARA PAS & UMNO DI MUSIM BANJIR !!! >>> KLIK
- GEMPAR !!! BUNUH DIRI KETIKA BANJIR AKIBAT TERTEKAN !!! >>> KLIK
- PENDEDAHAN !!! BENARKAH INI PESAWAT AIRASIA QZ8501 YANG DIKATAKAN TERHEMPAS ??? >>> KLIK
- KELU !!! TEAM SUKARELAWAN MAKLUMKAN RAMAI YANG TERKORBAN AKIBAT LEMAS !!! >>> KLIK
- SAYA BERMAIN GOLF DENGAN OBAMA DEMI DIPLOMASI NEGARA, NAJIB >>> KLIK


 
Copyright © 2014 Media Yang Hensem - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info