PENTAS DAKWAH
Dengan topik “Carik-carik Bulu Ayam” bersama dua personaliti pendakwah terkenal tanahair, Dato’ Dr. Mohd Asri Zainol Abidin dan Datuk Mohd Kazem Elias.
Episod khas ini akan membincangkan peranan para pendakwah dalam memastikan perjalanan dakwah kepada masyarakat berjalan dengan baik.
Kesatuan di antara para pendakwah mampu memberi kesan yang sangat positif terhadap usaha penyebaran dakwah Islamiah. Perbezaan pendapat pula tidak menjadi jurang pemisah untuk mencapai matlamat yang yang sama.
Oleh itu, setiap pendakwah harus meraikan kepelbagaian pendapat antara mereka dengan menanamkan sikap berlapang dada serta menyantuni adab-adab khilaf. Saksikan rakaman diskusi hebat antar dua tokoh ini.
Dr Maza Dan Ustaz Kazim Berdamai
Alhamdulillah, reda sudah isu panas antara dua tokoh ulamak yakni Mufti Perlis, Datuk Dr. Asri Zainul Abidin (Maza) dan Pendakwah Bebas, Datuk Mohamad Kazim Elias setelah kedua mereka bertemu di Perlis malam ini 8hb 3 2015.
Mereka dilaporkan bertemu dalam suasana penuh mesra dan berbual panjang antara satu sama lain di sebuah kafe.
Yang di-Pertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Senator Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki juga turut hadir dalam pertemuan itu.
Seperti yang kita tahu, beberapa hari yang lalu pengguna media sosial beragama Islam negara ini dikejutkan dengan penyebaran sepucuk surat daripada Jabatan Mufti Perlis yang tidak bersetuju Ustaz Kazim menjadi panel Forum Perdana Ehwal Islam sempena Keputeraan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail ke-72.
Dalam surat tersebut, Jabatan Mufti Perlis memberi sebab kerana beliau sering terlibat dengan pembacaan riwayat-riwayat palsu’ menyatakan ‘kenduri Rasulullah SAW menghidangkan roti jala dengan kuah kari’.
Berikutan itu, berlaku cabar mencabar antara kedua pemimpin agama itu.
Polemik di antara kedua-dua tokoh agama itu bagaimanapun mendapat kritikan ramai pengguna media sosial kerana dianggap sebagai sesuatu yang memalukan. - Siakapkeli.com.my
TONTON VIDEO :
0 Komentar untuk "Akhirnya Dr.Maza dan Ustaz Kazim Berdebat Di Pentas Dakwah (VIDEO)"