adsense Pilu...Keluhan Hati Seorang Ibu Yang Sayangkan Anaknya DICEMUH HANYA Kerana Ada "Tanda" Di Dahi Ketika Lahir - Media Yang Hensem
Lazada Malaysia

Pilu...Keluhan Hati Seorang Ibu Yang Sayangkan Anaknya DICEMUH HANYA Kerana Ada "Tanda" Di Dahi Ketika Lahir



Kuala Lumpur – Seorang wanita melahirkan rasa kecewa apabila ada sebilangan masyarakat memandang hina terhadap anakya kerana tanda lahir di dahi.

Menurut Qiss Khairi, anaknya yang bernama Humaira Syuraira, 1 tahun itu telah dihina oleh masyarakat seawal usia sehari.

“Dah 3 tahun anak ibu, Humaira Syuqaira, sayang ibu pada kamu melebihi segalanya. Seawal usia kamu 1 hari, sudah ada mulut yang seolah menoreh hati ibu.

“Sudah ada hamba yang berani mempersoalkan kejadian Tuhan!” luah wanita tersebut melalui akaun Instagramnya.

Beliau turut menyeru agar masyarakat berhenti melemparkan kata-kata hinaan terhadap anak kecil itu kerana tindakan itu seperti mempertikaikan kejadian Allah SWT.

“Kenapa baby puan ada tanda di dahi?… Eh eh.. ada tanda la kat dahi… Ni bawak sial ni… Tanda tu kat tengah2 dahi la.

“Allahuakbar.. Astaghfirullah.., semua itu ciptaan Allah. Siapa kita untuk mempertikaikan? Kenapa? Mengapa? Layakkah kita menghina kejadian Yang Maha Kuasa?,” ujarnya lagi.

Salah seorang pembaca SuaraTV, Hannan Damia sebelum ini meminta pihak Editorial untuk mengeluarkan isu ini agar masyarakat lebih peka terhadap isu-isu yang sensitif seperti ini.

“Saya nak kongsi satu kisah ini, sakit hati bile membaca…apa la dosa ank kecil ini sehingga ada sebilangan insan yang sanggup mengata dia macam-macam.

“Kadang-kadang tak faham, kenapa sebilangan orang masih berfikiran kolot” ujarnya melalui pesanan yang dikirim melalui Facebook SuaraTV bar-baru ini.
  
Berikut adalah luahan hati ibu tersebut :

Dah 3 tahun anak ibu. Humaira Syuqaira, sayang ibu pada kamu melebihi segalanya. Seawal usia kamu 1 hari, sudah ada mulut yang seolah menoreh hati ibu. Sudah ada hamba yang berani mempersoalkan kejadian Tuhan!

“Kenapa baby puan ada tanda di dahi?”

“Eh eh.. ada tanda la kat dahi,”

“Ni bawak sial ni,”

“Tanda tu kat tengah2 dahi la,”

Allahuakbar.. Astaghfirullah..

Semua itu ciptaan Allah. Siapa kita untuk mempertikaikan? Kenapa? Mengapa? Layakkah kita menghina kejadian Yang Maha Kuasa?

Andai anak ini mengerti apa yang kalian katakan, andai anak ini faham senyum sinis kalian.. erm..

Kenapa perlu persoalkan?

Humaira Syuqaira tetap comel di hati ibu dan ayah. Selamat hari lahir sayang.

*Jangan hina anak ini.. Jangan ejek anak ini. Apalah yang budak umur 3 tahun ini mampu memahami ejekan dan senyum sinis kalian.

Sumber : http://www.suara.tv/
0 Komentar untuk "Pilu...Keluhan Hati Seorang Ibu Yang Sayangkan Anaknya DICEMUH HANYA Kerana Ada "Tanda" Di Dahi Ketika Lahir"

BORAK-BORAK HENSEM



POST BARU DAN PANAS !!!

- POLITIK FITNAH SEMAKIN MENJADI-JADI ANTARA PAS & UMNO DI MUSIM BANJIR !!! >>> KLIK
- GEMPAR !!! BUNUH DIRI KETIKA BANJIR AKIBAT TERTEKAN !!! >>> KLIK
- PENDEDAHAN !!! BENARKAH INI PESAWAT AIRASIA QZ8501 YANG DIKATAKAN TERHEMPAS ??? >>> KLIK
- KELU !!! TEAM SUKARELAWAN MAKLUMKAN RAMAI YANG TERKORBAN AKIBAT LEMAS !!! >>> KLIK
- SAYA BERMAIN GOLF DENGAN OBAMA DEMI DIPLOMASI NEGARA, NAJIB >>> KLIK


 
Copyright © 2014 Media Yang Hensem - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info