adsense "Saya Hanya Perlu Berlakon Mengemis Pegang Al-Quran Untuk RM50 Semata-mata Membeli Dadah" - Media Yang Hensem
Lazada Malaysia

"Saya Hanya Perlu Berlakon Mengemis Pegang Al-Quran Untuk RM50 Semata-mata Membeli Dadah"

Gambar Sekadar Hiasan


Kuala Terengganu: “Saya hanya perlu ‘berlakon’ membaca naskhah al-Quran, sambil pegang tabung. Cara itu membolehkan saya dapat wang mudah antara RM50 hingga RM60 sehari,” kata Sulaiman, 42, (bukan nama sebenar) yang ditemui selepas ditahan dalam Ops Cekau 2, yang dijalankan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Terengganu, di sini, semalam.

Menurutnya, wang yang diperoleh itu digunakan untuk membeli pil kuda selain kegunaan harian dan helah yang digunakannya mampu menarik orang ramai untuk menghulurkan sumbangan.

Katanya, dia menjadikan kaki lima di depan bank di bandar raya ini untuk mengemis terutama waktu petang ketika orang ramai mula pulang dari tempat kerja.

“Ketagihan dadah mengatasi segalanya termasuk sanggup menjadikan al-Quran sebagai modal bagi meraih simpati untuk mendapatkan wang membeli dadah.

“Terdapat lima hingga enam rakan penagih yang lain menjadikan kaki lima berhampiran pintu masuk beberapa bank di bandar raya ini sebagai tempat meraih simpati bagi membeli dadah dengan mudah,” katanya yang sudah tiga kali dicekup penguat kuasa AADK sebelum ini.
0 Komentar untuk ""Saya Hanya Perlu Berlakon Mengemis Pegang Al-Quran Untuk RM50 Semata-mata Membeli Dadah""

BORAK-BORAK HENSEM



POST BARU DAN PANAS !!!

- POLITIK FITNAH SEMAKIN MENJADI-JADI ANTARA PAS & UMNO DI MUSIM BANJIR !!! >>> KLIK
- GEMPAR !!! BUNUH DIRI KETIKA BANJIR AKIBAT TERTEKAN !!! >>> KLIK
- PENDEDAHAN !!! BENARKAH INI PESAWAT AIRASIA QZ8501 YANG DIKATAKAN TERHEMPAS ??? >>> KLIK
- KELU !!! TEAM SUKARELAWAN MAKLUMKAN RAMAI YANG TERKORBAN AKIBAT LEMAS !!! >>> KLIK
- SAYA BERMAIN GOLF DENGAN OBAMA DEMI DIPLOMASI NEGARA, NAJIB >>> KLIK


 
Copyright © 2014 Media Yang Hensem - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info