adsense TERUNGKAI !!! Misteri Flight German Terhempas Akhirnya Terjawab Berpunca Dari Pilot ?! - Media Yang Hensem
Lazada Malaysia

TERUNGKAI !!! Misteri Flight German Terhempas Akhirnya Terjawab Berpunca Dari Pilot ?!



Analisis awal itu memaklumkan bahawa juruterbang itu cuba memecah pintu kokpit untuk masuk ke dalam.

Bagaimanapun, masih belum ada petunjuk mengapa juruterbang itu meninggalkan kokpit dan apakah yang berlaku kepada juruterbang yang berada di dalam kokpit pesawat itu.

Seorang pegawai kanan tentera yang terlibat dalam penyiasatan itu menyifatkan perbualan antara kedua-dua juruterbang berkenaan "amat baik, amat tenang" semasa pesawat tersebut memulakan penerbangan dari Barcelona ke Düsseldorf.

Audio perakam kemudiannya menunjukkan salah seorang daripada juruterbang meninggalkan kokpit dan tidak dapat masuk semula ke dalamnya.

"Juruterbang yang berada di luar mengetuk pintu secara perlahan tetapi tiada jawapan," kata penyiasat itu.

"Dan dia kemudiannya mengetuk pintu dengan lebih kuat dan masih tiada jawapan.

"Sememangnya tiada maklum balas diberikan oleh juruterbang di dalam kokpit."

Penyiasat itu berkata: "Anda boleh dengar dia (juruterbang di luar kokpit) cuba memecah pintu itu."

Audio perakam suara kokpit itu sedikit-sebanyak memberi petunjuk yang membawa kepada punca nahas Germanwings yang terhempas di Pergunungan Alps Perancis antara Barcelonnette dan Digne, Perancis pada Selasa lalu.

Bagaimanapun, masih banyak persoalan mengenai nahas belum dirungkaikan. 

Sumber : mstar online
0 Komentar untuk "TERUNGKAI !!! Misteri Flight German Terhempas Akhirnya Terjawab Berpunca Dari Pilot ?!"

BORAK-BORAK HENSEM



POST BARU DAN PANAS !!!

- POLITIK FITNAH SEMAKIN MENJADI-JADI ANTARA PAS & UMNO DI MUSIM BANJIR !!! >>> KLIK
- GEMPAR !!! BUNUH DIRI KETIKA BANJIR AKIBAT TERTEKAN !!! >>> KLIK
- PENDEDAHAN !!! BENARKAH INI PESAWAT AIRASIA QZ8501 YANG DIKATAKAN TERHEMPAS ??? >>> KLIK
- KELU !!! TEAM SUKARELAWAN MAKLUMKAN RAMAI YANG TERKORBAN AKIBAT LEMAS !!! >>> KLIK
- SAYA BERMAIN GOLF DENGAN OBAMA DEMI DIPLOMASI NEGARA, NAJIB >>> KLIK


 
Copyright © 2014 Media Yang Hensem - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info