adsense Guru Wanita Terpedaya Dengan Rakan Online Sehingga Kerugian RM130,000.00 - Media Yang Hensem
Lazada Malaysia

Guru Wanita Terpedaya Dengan Rakan Online Sehingga Kerugian RM130,000.00



KUALA LUMPUR - Akibat terpedaya dengan kata-kata manis kekasih yang tidak pernah ditemui, seorang guru wanita mengalami kerugian sebanyak 130,000 akibat ditipu oleh satu sindiket, Love Scam.

Guru wanita yang berusia 42 tahun itu dikatakan telah menjalinkan hubungan cinta dengan seorang lelaki 'mat salleh' yang mendakwa dirinya berusia 36 tahun melalui laman Facebook. Mangsa dikatakan pernah menyerahkan wang berjumlah RM130,000 kepada lelaki itu dalam tempoh dua bulan perkenalan mereka.

Mangsa kemudian mengaturkan pertemuan pertama di antara mereka di lobi Cabana Inn, Jalan Perak, pada Sabtu lalu bagi menuntut kembali wang yang telah dipinjamkan kepada lelaki terbabit.

Malangnya, 'Mat Salleh' yang sering dihubungi oleh mangsa itu sebenarnya adalah seorang lelaki warga Nigeria dan lelaki itu telah menyerahkan sebuah beg jenama Slazenger yang dalamnya mengandungi sebuah beg bimbit berjenama Polo yang terdapat sejumlah wang kertas AS$100 yang diragui kesahihannya.

Meragui ketulenan wang itu, mangsa menghubungi polis.

Tiba di tempat kejadian, mangsa menunjukkan kepada polis pemilik beg itu.

Hasil siasatan mendapati, suspek merupakan seorang pelajar universiti swasta di Kuala Lumpur dan dia terus ditahan bersama dengan barang kes untuk tindakan selanjutnya.

Beg tangan yang didakwa berisi 71 bungkusan wang AS$100 itu disyaki palsu dan beberapa peralatan yang disyaki digunakan untuk menjalankan aktiviti pemalsuan wang juga turut ditemui.

Polis juga mendedahkan, suspek juga mempunyai rekod memasuk negara ini sejak seminggu lepas dan pernah berada di negara ini untuk jangka tempoh masa yang lama.

Suspek kini ditahan reman empat hari sehingga Rabu untuk sisatan lanjut di bawah Seksyen 489C Kanun Keseksaaan kerana memiliki wang palsu dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara 10 tahun.
0 Komentar untuk "Guru Wanita Terpedaya Dengan Rakan Online Sehingga Kerugian RM130,000.00"

BORAK-BORAK HENSEM



POST BARU DAN PANAS !!!

- POLITIK FITNAH SEMAKIN MENJADI-JADI ANTARA PAS & UMNO DI MUSIM BANJIR !!! >>> KLIK
- GEMPAR !!! BUNUH DIRI KETIKA BANJIR AKIBAT TERTEKAN !!! >>> KLIK
- PENDEDAHAN !!! BENARKAH INI PESAWAT AIRASIA QZ8501 YANG DIKATAKAN TERHEMPAS ??? >>> KLIK
- KELU !!! TEAM SUKARELAWAN MAKLUMKAN RAMAI YANG TERKORBAN AKIBAT LEMAS !!! >>> KLIK
- SAYA BERMAIN GOLF DENGAN OBAMA DEMI DIPLOMASI NEGARA, NAJIB >>> KLIK


 
Copyright © 2014 Media Yang Hensem - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info