Gambar Sekadar Hiasan |
Hari ibu akan kunjung tiba. Tapi bukan sehari tu saja untuk menghargai seorang ibu. Sepatutnya setiap hari kita perlu menghargai dan menyayangi ibu kita. Gembirakan lah hati ibu selagi dia ada di depan kita. Bagi mereka yang dah kehilangan ibu tersayang pasti teramat merinduinya. Hanya kenangan bersama yang menjadi pengubat duka.
Ku petik kata-kata seorang anak buat ibu tersayang yang telah kembali menemui penciptaNYA.
Al-fatihah kepada arwah mama saya. saya nak gembirakan keluarga saya. Memang sedih kalau orang mati. Semua orang sedih kalau orang mati, Saya doa kepada ALLAH semoga MAMA di tempat orang yang beriman dan masuk kedalam syurga. Saya rindu mama, saya nak jumpa mama tapi saya redha jer. ALLAH lebih sayangkan mama dari kita nak buat camna. kamu nak tahu tarikh mama mati 15/4/2015 12.30 malam. Simpan mama dalam pukul 11.00 pagi. Alhamdulillah simpan MAMA cukup sempurna. MAMA tunggu adik di syurga tau.
Berderai airmata ku membaca luahan hati anak sekecil ini…sungguh dia terasa kehilangan kasih sayang seorang ibu namun dia redha..Allah lebih menyayangi ibunya.
Seolah dia mengerti kehilangan ibunya dengan adanya kehidupan dan kematian bagi setiap manusia
Wahai anak semoga dirimu tabah menjalani hidup tanpa kasih dan sayang ibu tercinta. Semoga dirimu berjaya menjadi ibu yang baik kepada anak-anakmu, mendidik dan menyayangi mereka seperti ibumu.
Adik yang berusia 8 tahun kehilangan seorang insan tempat bergantung dan berkasih sayang. Gambar di ambil dari buku adik ni sendiri oleh keluarga. Kami seakan mengerti perasaan adik ini. kehilangan orang tersayang di awal usia 8 tahun.
Melihat daripada tulisan adik dia terlalu rapat akan ibunya kerana pada usia ini adik ini mengabadikan kasih sayang terhadap ibunya di dalam helaian kertas.
Kadangkala kami terpikir bagaimana adik ini tempuhi masa yang mendatang. kekuatan dirinya perlu kuat manakah tidak seawal umur 8 tahun ini kehilangan seorang yang penting didalam hidupnya. Adik ini memerlukan belaian dan kasih sayang seorang bernama ibu. kasih sayang seorang ibu terlalu lembut untuk digambarkan.
Apa yang saya hendak smpaikan ketabahan hati seorang insan yg masih kecil menghadapi ujian yang berat. Semoga arwah ibu di tempatkan di kalangan org yang beriman. Al fatihah
0 Komentar untuk ""Mama...Mama Tunggulah Adik Di Syurga Ya...""