adsense Panas !!! JPA Nafi 400,000 Penjawat Awam Bergaji RM805. Benarkah Atau Sekadar...?! - Media Yang Hensem
Lazada Malaysia

Panas !!! JPA Nafi 400,000 Penjawat Awam Bergaji RM805. Benarkah Atau Sekadar...?!




Semalam, media tempatan melaporkan Presiden CUEPACS, Datuk Azih Muda mendedahkan bahawa, seramai 400,000 penjawat awam di Malaysia masih menerima bayaran gaji serendah RM805 sebulan.

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) hari ini mengeluarkan kenyataan rasmi menafikan dakwaan itu.

"JPA hari ini menafikan kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak media bahawa terdapat seramai 400,000 hingga 800,000 penjawat awam dari Kumpulan Pelaksana masih menerima gaji di antara RM805 hingga RM820 sebulan.

"Amaun gaji bagi gred 11 iaitu gred terendah dalam Perkhidmatan Awam ialah di antara RM832 hingga RM850. Jumlah pendapatan keseluruhan untuk kelompok ini iaitu gaji dan elaun ialah di antara RM1,257 hingga RM1,275.

"Menurut rekod rasmi kerajaan, jumlah penjawat awam yang menerima gaji RM850 ke bawah ialah 3,072 orang," jelas JPA dalam kenyataan rasmi yang dikeluarkan 2 jam yang lalu.

NAIKKAN GAJI PENJAWAT AWAM 35% !
JOHOR BAHARU - Kira-kira 400,000 penjawat awam di negara ini masih menerima bayaran gaji serendah RM805 sebulan, menurut Presiden CUEPACS, Datuk Azih Muda.

Katanya, mereka yang menerima gaji serendah itu adalah pembantu am dan pemandu yang menyertai perkhidmatan awam menggunakan kelayakan sijil Penilaian Menengah Rendah (PMR).

"Yang menerima gaji minimum itu ialah golongan pelaksana dan mereka adalah rakyat serta aset kepada kerajaan dan negara. Jika aset ini tidak dijaga, kita bimbang mereka terkesan dan tidak dapat menumpukan sepenuhnya jiwa dan raga untuk meningkatkan produktiviti. 

“Selain itu, mereka juga tidak akan dapat memberikan pendidikan yang baik kepada anak-anak disebabkan kewangan yang tidak mencukupi, di samping tidak mampu menanggung kos kesihatan yang kini meningkat 120%," katanya.

Dalam masa yang sama, Datuk Azih Muda juga turut mengesa kerajaan menaikkan gaji kakitangan awam sebanyak 35% kerana kos sara hidup kini semakin meningkat terutamanya di kawasan bandar-bandar utama.

Sementara itu, hampir 240,000 atau 15% dari 1.6  juta penjawat awam menjalani sesi intervensi kaunseling bersama Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) tahun lepas.

Menurut Pengarah Bahagian Pengurusan Psikologi JPA, Datuk Dr. Abdul Halim Hussin berkata, maklumbalas yang diterima dari penjawat awam yang menjalani sesi itu adalah positif.

"Pelbagai inisiatif yang dijalankan ketika sesi intervensi dijalankan, ini termasuk jika penjawat awam berkenaan berhadapan masalah kewangan kita rujuk mereka kepada pihak AKPK (Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit).

"Begitu juga jika mereka menghadapi masalah kesihatan, kita membantu mereka mendapatkan rawatan yang sewajarnya," katanya. - BERNAMA
0 Komentar untuk "Panas !!! JPA Nafi 400,000 Penjawat Awam Bergaji RM805. Benarkah Atau Sekadar...?!"

BORAK-BORAK HENSEM



POST BARU DAN PANAS !!!

- POLITIK FITNAH SEMAKIN MENJADI-JADI ANTARA PAS & UMNO DI MUSIM BANJIR !!! >>> KLIK
- GEMPAR !!! BUNUH DIRI KETIKA BANJIR AKIBAT TERTEKAN !!! >>> KLIK
- PENDEDAHAN !!! BENARKAH INI PESAWAT AIRASIA QZ8501 YANG DIKATAKAN TERHEMPAS ??? >>> KLIK
- KELU !!! TEAM SUKARELAWAN MAKLUMKAN RAMAI YANG TERKORBAN AKIBAT LEMAS !!! >>> KLIK
- SAYA BERMAIN GOLF DENGAN OBAMA DEMI DIPLOMASI NEGARA, NAJIB >>> KLIK


 
Copyright © 2014 Media Yang Hensem - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info