adsense Belajar berpolitik dari Iskandar Samad - Media Yang Hensem
Lazada Malaysia

Belajar berpolitik dari Iskandar Samad

Oleh: Dr Azman Ibrahim

Kesabaran dan ketenangan saat krisis adalah antara aset termahal yang dimiliki oleh seorang yang bergelar pemimpin dan ahli politik. Menceburi bidang politik bermakna kita telah meletakkan diri dalam risiko berhadapan situasi yang menyesakkan dada dan mencabar kemampuan berfikir serta bertindak tak kira masa.

Krisis Menteri Besar Selangor yang masih belum ke penghujung telah memperkenalkan kita dengan pelbagai watak kepimpinan. Dalam ramai-ramai pemimpin, selain dari dua pemimpin tertinggi parti, Tuan Guru Presiden dan Tuan Guru Mursyidul Am, saya amat menghargai ciri-ciri kepimpinan yang ada pada Pesuruhjaya PAS Selangor, YB Iskandar Samad. Bukan kerana isterinya, Puan Salasiah Zakaria adalah kawan satu sekolah rendah dan asal sekampung dengan saya di Kampung Bukit Tanah, Besut, tetapi kerana nilai kemantangan bertindak yang ditunjukkan beliau disaat krisis yang menyesakkan dada ini.

Ketika terdapat segolongan pemimpin yang amat gopoh sehingga sanggup melangkau ke hadapan dahulu dan bercakap seakan ‘pantang ditanya oleh wartawan’ tanpa memikirkan perasaan dan perkiraan pemimpin serta ahli sendiri sendiri, Iskandar ternyata amat berhati-hati menjaga lidahnya. Teringat saya akan pesan Tuan Guru Mursyidul Am, “Saya nak orang PAS supaya jangan jadi panjang mulut dan panjang lidah…”

Nampak Pesuruhjaya PAS Selangor ini menghalusi perasaan semua pihak samada kepimpinan tertinggi parti di peringkat PAS Pusat, rakan-rakannya sendiri dari kepimpinan parti di negeri Selangor serta perasaan rakan-rakan Pakatan Rakyat PKR dan DAP termasuk juga pihak istana. 

Meskipun diapi-apikan sejak krisis ini bermula dengan serangan panas dari pelbagai pihak yang panjang lidah dan panjang mulut, dituduh ada pakatan sulit dengan Umno, dituduh tidak pandai berpolitik dan bertahaluf, ditohmah tidak setia dengan Pakatan Rakyat dan pelbagai lagi, tampak Iskandar tetap tenang. 

Kenyataannya tetap optimis bukannya pesimis akan jalan penyelesaian terbaik tanpa perlu menyerang sesiapa. Beliau kelihatan sedaya upaya memastikan tiada pihak yang terguris meskipun saya tidak mengetahui sejauh manakah tingkat kesabaran yang telah beliau dikorbankan. Berpolitik dengan meletakkan PAS dan kepimpinannya beserta rakan Pakatan Rakyat sebagai satu institusi yang perlu dihormati dan dihargai dalam kerangka tahaaluf siyasi adalah aset mahal yang tidak dimiliki oleh seorang lagi ‘anakanda Pak Samad’ di Selangor. Saya mencadangkan si abang yang berbinkan Samad perlu belajar dengan seorang lagi adik yang juga berbinkan Samad sekalipun berlainan ibu dan bapa.

Aset seterusnya yang dimiliki beliau ialah kepatuhan kepada kepimpinan tertinggi parti. Sikap mendengar kata, bertindak berdasarkan keputusan serta tidak mendahului parti dalam pertuturan dan tindakan adalah antara disiplin yang semakin luntur dan layu di kalangan kepimpinan parti termasuk juga mereka yang menduduki kerusi Ahli Jawatankuasa PAS Pusat. 

Iskandar tidak begitu. Gerak tarinya dengan nada dan melodi yang teratur. Arahan PAS Pusat dilaksanakan. Mana-mana ketetapan yang belum diputuskan oleh kepimpinan tertinggi, dinantinya dengan sabar sehinggalah keputusan dibuat. Bila PAS Pusat arahkan semua EXCO PAS mesti hadir mesyuarat EXCO dan teruskan bekerja untuk berkhidmat kepada rakyat yang telah memberikan amanah, umum boleh menyaksikan bagaimana barisan EXCO Selangor diketuai YB Iskandar terus menunaikan amanah tanpa mempedulikan bedilan hebat dari PKR dan DAP termasuk juga tembakan peluru sesat dari rakan-rakan sendiri yang mendesak mereka supaya berundur dan tamatkan kerjasama dengan MB yang masih sah walaupun sudah tidak berparti. Sehingga timbulnya teori politik sesat, Khalid – PAS – Umno yang memerintah Selangor sekarang!

Walaupun 17 Ogos telah berlalu, PAS dan Pakatan Rakyat telah membuat ketetapan berkaitan bakal penganti MB Selangor, ternyata masih ada pejuang yang belum puas bersengketa. Roadshow PKR di Selangor masih menghentam dan memburukkan PAS serta mendesak supaya 4 EXCO PAS meletakkan jawatan segera. Bagaikan tak sabar nak tengok Tan Sri Khalid Ibrahim dinyahkan terus dari kerusi MB! Masih ada lagi pemimpin PAS sendiri yang sepentas dengan PKR gagal menghayati pesanan Tuan Guru Mursyidul Am. Lidahnya masih panjang sehingga ada sahabat yang bersuara, “mungkin Dr Azman kena cabut gigi mereka baru nak berhenti bercakap.”

Syabas YB Iskandar!

=================================================================
0 Komentar untuk "Belajar berpolitik dari Iskandar Samad"

BORAK-BORAK HENSEM



POST BARU DAN PANAS !!!

- POLITIK FITNAH SEMAKIN MENJADI-JADI ANTARA PAS & UMNO DI MUSIM BANJIR !!! >>> KLIK
- GEMPAR !!! BUNUH DIRI KETIKA BANJIR AKIBAT TERTEKAN !!! >>> KLIK
- PENDEDAHAN !!! BENARKAH INI PESAWAT AIRASIA QZ8501 YANG DIKATAKAN TERHEMPAS ??? >>> KLIK
- KELU !!! TEAM SUKARELAWAN MAKLUMKAN RAMAI YANG TERKORBAN AKIBAT LEMAS !!! >>> KLIK
- SAYA BERMAIN GOLF DENGAN OBAMA DEMI DIPLOMASI NEGARA, NAJIB >>> KLIK


 
Copyright © 2014 Media Yang Hensem - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info