adsense Fenomena Haji Hadi - Media Yang Hensem
Lazada Malaysia

Fenomena Haji Hadi

Majalah ni diterbitkan kalau tak silap saya pada tahun 90an. Di zaman muda beliau TGHH sudah terkenal dengan tokoh politik dan ulama terkemuka. Namanya menjadi fenomena generasi itu. Malah tidak melampau jika saya nyatakan aura beliau lebih hebat dari Ustaz Azhar Idrus zaman ini.

Jika dengar TGHH akan berceramah, seluruh pelusuk akan keluar merentas desa malah negeri baik berbasikal, berjalan kaki mahupun berperahu semata-mata mahu mendengar pidato hikmat murabbi ini. Beliau adalah ikon kebangkitan masyarakat untuk terus bangkit menegakkan kebenaran selepas pejuang-pejuang kemerdekaan dahulu. Media massa menamakan fenomena ini sebagai "Fenomena Haji Hadi"


Walaupun gembira, saya tidak berapa terkejut dengan perlantikan tersebut kerana kehebatan beliau telah lama diakui dunia. Beliau antara orang penting yang menyelesaikan konflik Acheh dahulu. Beliau juga orang yang mendamaikan kembali cetusan perang besar yang berlaku di Yaman. Hari ini, dunia Islam Timur Tengah sedang menanti caturan politiknya untuk mencari jalan keluar terutamanya tentang pertembungan Sunni Syiah yang menjadi alat Zionis. Dunia masih belum bersedia untuk kehilangannya.

Dalam ketinggian martabatnya, beliau seorang yang amat zuhud dan tawadhu'. Jumaat lepas dalam kuliah mingguannya, beliau menggunakan kitab Syarah Riyadhul Salihin tulisan Dr Ali Assobuni. Kata TGHH. Selepas menyebut pandangan pensyarah itu dalam bab tawakkal, TGHH menyebut: "Kitab ini dihadiahkan oleh Dr Ali Assobuni sendiri kepada saya semasa beliau menziarahi saya dulu. Jadi saya gunakan kitab ini pula sebagai menghormati orang yang lebih tua dari saya". Beliau juga ada mengimbau sedikit kenangan bersama Tuan Guru Harun Taib semasa di belajar bersama dahulu.

Untuk pengetahuan, kuliah mingguan TGHH adalah dalam 3 madah iaitu akidah, hadith dan tafsir. Kitab akidah adalah dari bukunya sendiri, iaitu Akidatul Muslimin. Hadith pula Riyadu Salihin dan Tafsir pula banyak menceduk isi Tasfir al-Qurtubi. Saya cadangkan supaya semua lapisan terutama pimpinan PAS untuk memperuntukkan masa mendalami agama dari tokoh satu dalam 3 juta ini. Bagi yang jauh boleh akses melalui laman terengganukini.net.

Dengan pengiktirafan seluruh ulama arab dan ajam terhadap satu-satunya ulama bukan arab ini, yang tidak langsung mengharumkan nama asean umumnya, saya cadangkan juga, asiaweek mula menulis artikel muka depan baru bertajuk "WILL HE ONE DAY LEAD THE WORLD?"

(Alang Ibn Shukrimun)

==============================================================
0 Komentar untuk "Fenomena Haji Hadi"

BORAK-BORAK HENSEM



POST BARU DAN PANAS !!!

- POLITIK FITNAH SEMAKIN MENJADI-JADI ANTARA PAS & UMNO DI MUSIM BANJIR !!! >>> KLIK
- GEMPAR !!! BUNUH DIRI KETIKA BANJIR AKIBAT TERTEKAN !!! >>> KLIK
- PENDEDAHAN !!! BENARKAH INI PESAWAT AIRASIA QZ8501 YANG DIKATAKAN TERHEMPAS ??? >>> KLIK
- KELU !!! TEAM SUKARELAWAN MAKLUMKAN RAMAI YANG TERKORBAN AKIBAT LEMAS !!! >>> KLIK
- SAYA BERMAIN GOLF DENGAN OBAMA DEMI DIPLOMASI NEGARA, NAJIB >>> KLIK


 
Copyright © 2014 Media Yang Hensem - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info