adsense HARGA RON97 & RON95 TURUN DISEMBER 2014 (TERBARU!) - Media Yang Hensem
Lazada Malaysia

HARGA RON97 & RON95 TURUN DISEMBER 2014 (TERBARU!)


Harga terkini minyak atau petrol RON97, RON95 serta diesel bakal berubah apabila kerajaan memutuskan untuk menghentikan pemberian subsidi ke atas bahan api itu di Malaysia. Subsidi untuk petrol RON97 telah lama dihentikan. Dan mulai 1 Disember 2014, harga petrol untuk RON95 dan Diesel turut akan menggunakan mekanisma yang sama dimana penentuan harga runcit bagi bahan api itu ditentukan mengikut prinsip pengapungan bersandarkan harga minyak dunia.

Harga Minyak Sekarang (NOVEMBER 2014)

Harga runcit terkini petrol RON95, RON97 dan diesel mulai 1 Disember 2014 ditentukan oleh kerajaan Malaysia berdasarkan kepada harga minyak pasaran dunia.

Berdasarkan satu surat pekeliling yang telah diedarkan dan dihantar ke IPTB, harga petrol bagi RON95 dan RON97 akan turun, manakala harga runcit bagi diesel akan naik mulai 1 Disember 2014.

Harga petrol terkini bagi RON95, RON97 dan diesel mulai 1 Disember 2014 adalah seperti berikut:
  • RON95 RM2.26 seliter - turun 4 sen seliter 
  • RON97 RM2.46 seliter - turun 9 sen seliter.
  • Diesel RM2.23 seliter - naik 3 sen seliter.
Pekeliling Kementerian Kewangan Harga Runcit Terkini Petrol RON97, RON95 dan Diesel Dan berikut adalah surat pekeliling yang dimaksudkan yang menyatakan bahawa Kementerian Kewangan bersetuju untuk penetapan baru harga baru bagi RON95, RON97 dan diesel mulai 1 Disember 2014 yang mengikut harga pasaran minyak dunia.


Khabar gembira buat semua rakyat Malaysia walaupun pada awalnya menampakkan kerisauan bahawa harga minyak atau petrol terkini pada Disember 2014 akan bebankan rakyat. Ramai yang mendakwa harga petrol akan naik kerana subsidi yang telah ditarik oleh kerajaan terhadap semua bahan api penting itu.

Kelegaan mungkin. Alhamdulillah.


------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Berikut adalah surat EMBARGO (sehingga jam 8.00 malam, 30 November 2014)
Pengarah Eksekutif
IPTB Sdn Bhd
C-9-5, Blok C, Level 9, Unit 5
Megan Avenue II,
No.12 Jalan Yap Kwang Seng,
50450 Kuala Lumpur.

Tuan / Puan,

PENETAPAN HARGA JUALAN RUNCIT PETROL RON97, RON95 DAN DIESEL BAGI BULAN DISEMBER 2014

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara tersebut di atas.

2.   Adalah dimaklumkan bahawa kementerian kewangan bersetuju seperti berikut :

i - Harga runcit petrol RON97 bagi Bulan Disember 2014 diturunkan sebanyak 9 sen seliter kepada RM2.46 seliter.
ii - Harga runcit petrol RON95 bagi Bulan Disember 2014 diturunkan sebanyak 4 sen seliter kepada RM2.26 seliter
iii -  Harga runcit diesel bagi Bulan Disember 2014 dinaikkan sebanyak 3 sen seliter kepada RM2.23 seliter.
iv -  Harga runcit bagi petrol RON97, RON95 dan diesel di atas dikuatkuasakan mulai 1 Disember 2014.

3.  Kerjasama tuan / puan mengambil tindakan lanjut melaksanakan ketetapan di atas amat dihargai dan diucapkan ribua terima kasih.

Sekian,
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sumber : http://www.hasrulhassan.com/
0 Komentar untuk "HARGA RON97 & RON95 TURUN DISEMBER 2014 (TERBARU!)"

BORAK-BORAK HENSEM



POST BARU DAN PANAS !!!

- POLITIK FITNAH SEMAKIN MENJADI-JADI ANTARA PAS & UMNO DI MUSIM BANJIR !!! >>> KLIK
- GEMPAR !!! BUNUH DIRI KETIKA BANJIR AKIBAT TERTEKAN !!! >>> KLIK
- PENDEDAHAN !!! BENARKAH INI PESAWAT AIRASIA QZ8501 YANG DIKATAKAN TERHEMPAS ??? >>> KLIK
- KELU !!! TEAM SUKARELAWAN MAKLUMKAN RAMAI YANG TERKORBAN AKIBAT LEMAS !!! >>> KLIK
- SAYA BERMAIN GOLF DENGAN OBAMA DEMI DIPLOMASI NEGARA, NAJIB >>> KLIK


 
Copyright © 2014 Media Yang Hensem - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info