adsense Gerun dan Berani !!! Mayat Pilot TransAsia Dijumpai Masih Memegang Alat Kawalan Kokpit !!! - Media Yang Hensem
Lazada Malaysia

Gerun dan Berani !!! Mayat Pilot TransAsia Dijumpai Masih Memegang Alat Kawalan Kokpit !!!



Taipei: Juruterbang syarikat TransAsia Airways dipercayai ‘berjuang’ hingga ke saat terakhir untuk menyelamatkan pesawat malang itu berdasarkan keadaan mayatnya yang masih memegang alat kawalan di dalam kokpit.

Menurut sumber, juruterbang pesawat udara ATR 72-600 itu ditemui dengan kedua-dua tangannya masih memegang erat alat kemudi, manakala kakinya patah.

“Liao Chien-tsung berusaha mengawal pesawat udara berkenaan sehingga ia menjunam ke dalam Sungai Keelung,” katanya.

Rabu lalu, kapal terbang berkenaan mengalami kemalangan hanya beberapa minit sesudah berlepas dari Lapangan Terbang Songshan di Taipei.



Ia kemudian menempuh laluan di celah bangunan sebelum sebahagian sayapnya terkena sebuah teksi serta struktur jambatan.

Ia akhirnya terhempas di Sungai Keelung.

Daripada 58 penumpang dan kru berada dalam pesawat udara itu, hanya 15 orang terselamat.

Pelbagai pihak memuji keberanian Liao mengemudi pesawat udara itu sehingga ia dapat meminimumkan kematian serta kerosakan.

Pemimpin dan rakyat Taiwan juga memberi penghormatan tinggi kepada Liao, manakala akhbar utama negara itu menyiarkan laporan mengenainya di halaman depan.

Sementara itu, Pengarah Pentadbiran Aeronautik Awam, Lin Tyh-ming berkata, ia adalah kemalangan kedua membabitkan syarikat penerbangan sama.

“Kami mengenakan sekatan permohonan laluan baru selama setahun ke atas TransAsia Airways,” katanya.

PILOT DIGELAR WIRA TAIPEI

Datuk bandar Taipei Ko Wen-je menggelar juruterbang pesawat malang TransAsia Airways yang terhempas, kelmarin, sebagai wira apabila berjaya mengelak beberapa bangunan sebelum terhempas ke dalam sungai seterusnya mengurangkan jumlah kematian.

Sekurang-kurangnya 31 orang terbunuh dalam kejadian itu - termasuk juruterbang Liao Chien-tsung.



Kejadian berlaku sejurus selepas pesawat itu berlepas dari lapangan terbang di Taipei pada Rabu. Setakat ini, 15 dilaporkan selamat namun lebih 12 mangsa belum ditemui.

Ko yang tidak dapat menahan sebaknya berkata, Liao benar-benar berusaha menyelamatkan keadaan.

Penduduk Taiwan yang mengucapkan takziah rata-rata memuji tindakan berani Liao.
0 Komentar untuk "Gerun dan Berani !!! Mayat Pilot TransAsia Dijumpai Masih Memegang Alat Kawalan Kokpit !!!"

BORAK-BORAK HENSEM



POST BARU DAN PANAS !!!

- POLITIK FITNAH SEMAKIN MENJADI-JADI ANTARA PAS & UMNO DI MUSIM BANJIR !!! >>> KLIK
- GEMPAR !!! BUNUH DIRI KETIKA BANJIR AKIBAT TERTEKAN !!! >>> KLIK
- PENDEDAHAN !!! BENARKAH INI PESAWAT AIRASIA QZ8501 YANG DIKATAKAN TERHEMPAS ??? >>> KLIK
- KELU !!! TEAM SUKARELAWAN MAKLUMKAN RAMAI YANG TERKORBAN AKIBAT LEMAS !!! >>> KLIK
- SAYA BERMAIN GOLF DENGAN OBAMA DEMI DIPLOMASI NEGARA, NAJIB >>> KLIK


 
Copyright © 2014 Media Yang Hensem - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info