adsense Panas !!! Nabil Mahu Bersara Selepas Kaut RM150,000.00 Di MLM !!! - Media Yang Hensem
Lazada Malaysia

Panas !!! Nabil Mahu Bersara Selepas Kaut RM150,000.00 Di MLM !!!


Pelawak dan Hos MeleTOP Nabil Ahmad, memberitahu bahawa tahun 2014 adalah tahun terakhir dia menyertai Maharaja Lawak Mega (MLM). Katanya, keputusan itu adalah muktamad kerana dia ingin memberikan fokus pada bidang lain pula.

“Saya dah buat keputusan ini adalah tahun terakhir saya dalam MLM, sebab saya mahu memberikan fokus pada perkara lain pula. Tahun lepas saya dapat nombor 5 dan saya rasa tidak ada ruang lagi dalam MLM ini.

“Bila dah mula MLM 2014 saya macam tak nak masuk, tapi mereka semua bermesyuarat dan terus bercakap supaya saya masuk lagi pada tahun 2014, sebab kata mereka ini adalah bagus untuk perkembangan karier saya”

“Saya juga siap telefon Dato’ AC bertanyakan padanya adakah perlu untuk saya menyertai MLM, dan dia menjawab saya ialah seorang peserta solo dalam MLM dan akan di tonton oleh berjuta-juta orang, jadi jangan lepaskan peluang,” katanya.



Walaubagaimanapun, Nabil tetap berpuas hati berada di tempat ketiga kerana baginya kerana persaingan pada malam akhir MLM begitu sengit.

“Alhamdulillah saya bersyukur sekali kerana berjaya dapat tempat ketiga, kerana mula-mulanya saya ingat apabila diumumkan tempat kelima ialah Bocey dan saya mengagak dalam percaturan saya sendiri bahawa saya mesti yang keempat, tetapi sebaliknya saya di tempat ketiga. Saya sangat berpuas hati dan berterima Kasih kepada pengundi-pengundi yang telah menyokong saya selama ini,” tambahnya.

Sementara itu, selepas tamatnya MLM 2014, Nabil akan mengacarakan pula program bual bicara yang dinamakan ‘Ini Malam Kita Punya’. (rtky/hfz)
0 Komentar untuk "Panas !!! Nabil Mahu Bersara Selepas Kaut RM150,000.00 Di MLM !!!"

BORAK-BORAK HENSEM



POST BARU DAN PANAS !!!

- POLITIK FITNAH SEMAKIN MENJADI-JADI ANTARA PAS & UMNO DI MUSIM BANJIR !!! >>> KLIK
- GEMPAR !!! BUNUH DIRI KETIKA BANJIR AKIBAT TERTEKAN !!! >>> KLIK
- PENDEDAHAN !!! BENARKAH INI PESAWAT AIRASIA QZ8501 YANG DIKATAKAN TERHEMPAS ??? >>> KLIK
- KELU !!! TEAM SUKARELAWAN MAKLUMKAN RAMAI YANG TERKORBAN AKIBAT LEMAS !!! >>> KLIK
- SAYA BERMAIN GOLF DENGAN OBAMA DEMI DIPLOMASI NEGARA, NAJIB >>> KLIK


 
Copyright © 2014 Media Yang Hensem - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info