adsense Menyayat Hati !!! Kanak-kanak 10 Tahun Maut Dilanggar MPV Langgar Lari !!! - Media Yang Hensem
Lazada Malaysia

Menyayat Hati !!! Kanak-kanak 10 Tahun Maut Dilanggar MPV Langgar Lari !!!




Kanak-kanak maut dirempuh MPV

Kota Bharu: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun maut selepas dirempuh sebuah MPV dan diseret sejauh 50 meter dalam kejadian di Kampung Tapang, di sini, 3.00 petang tadi.

Kejadian berlaku ketika Muhammad Farhan Nazim melintas jalan dari rumahnya.

Bagaimanapun, dia yang menunggang basikal dirempuh MPV jenis Nissan Grand Livina sebelum diseret sejauh 50 meter ke bahu jalan sebelah kiri.

Pemandu MPV itu turut melanggar gerai burger di bahu jalan, sebelum melarikan diri.

Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala dan badan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu Asisten Komisioner Rohaimi Mat Isa berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian untuk dibedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarganya untuk urusan pengebumian.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

GAMBAR: Mayat budak lelaki berusia 10 tahun yang maut dirempuh MPV dipayungkan rakannya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 6 Februari 2015 
Oleh Siti Nor Hidayatidayu Razali
sitinor@hmetro.com.my
0 Komentar untuk "Menyayat Hati !!! Kanak-kanak 10 Tahun Maut Dilanggar MPV Langgar Lari !!!"

BORAK-BORAK HENSEM



POST BARU DAN PANAS !!!

- POLITIK FITNAH SEMAKIN MENJADI-JADI ANTARA PAS & UMNO DI MUSIM BANJIR !!! >>> KLIK
- GEMPAR !!! BUNUH DIRI KETIKA BANJIR AKIBAT TERTEKAN !!! >>> KLIK
- PENDEDAHAN !!! BENARKAH INI PESAWAT AIRASIA QZ8501 YANG DIKATAKAN TERHEMPAS ??? >>> KLIK
- KELU !!! TEAM SUKARELAWAN MAKLUMKAN RAMAI YANG TERKORBAN AKIBAT LEMAS !!! >>> KLIK
- SAYA BERMAIN GOLF DENGAN OBAMA DEMI DIPLOMASI NEGARA, NAJIB >>> KLIK


 
Copyright © 2014 Media Yang Hensem - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info