adsense APA KES ??? YB Rafizi Ramli Kantoi Isu Kerajaan Beli Kereta Mewah BMW 7 Series ?! - Media Yang Hensem
Lazada Malaysia

APA KES ??? YB Rafizi Ramli Kantoi Isu Kerajaan Beli Kereta Mewah BMW 7 Series ?!



Heboh di media sosial mengenai dakwaan Rafizi Ramli, Ahli Parlimen Pandan, mendakwa kerajaan sekali lagi membazir wang rakyat dengan membeli beberapa buah kenderaan baru berjenama BMW 7 Series. 

Tanpa sebarang usul periksa dan dengan niat ingin memburukkan kerajaan, Rafizi dengan sewenang-wenangnya menuduh kerajaan menggunakan wang rakyat membeli kenderaan baru itu untuk kepentingan VVIP.

Malangnya, orang ramai terus percaya dan menyebarkan dakwaan yang tidak berasas itu meskipun tiada sebarang bukti yang mengatakan kereta itu dibeli oleh kerajaan pusat.

Bertindak pantas menangkis dakwaan liar itu, pengendali page Facebook popular, Saya Sayang Tun Dr Mahathir Mohamed berkata, perkara ini tidak sepatutnya menjadi isu.

"Jangan cepat dibodohkan oleh mereka (pembangkang). Sebagaimana LIMA 2015 yang lalu, pihak Mercedes Benz sponsor kenderaan delegasi. (Begitu juga dengan) kereta ini akan digunakan untuk ASEAN SUMMIT dimana Malaysia menjadi Tuan Rumah. Jadi apa masalahnya?

Menurutnya lagi, Malaysia bukan pertama kali menjadi tuan rumah bagi program seperti ini.

Menjawab persoalan netizen, mengapa tidak menggunakan kereta Proton, pengendali page itu berkata, pada masa ini Proton masih belum ada model mewah yang digunakan sebelum ini seperti Proton Perdana. 

"Perdana (Accord) yang ada sekarang hanya dikeluarkan 3,000 unit itupun untuk kegunaan kerajaan dan GLC sahaja. Serius, benda macam ni nak jadi isu? Tak kan nak bagi naik kereta lembu?" katanya.

"Rasanya kereta ini, BMW cuma sponsor. Bukannya dalam jumlah yang banyak. Paling tidak pun hanya untuk bawa ketua-ketua negara sahaja. Yang lain, naik Perdana Accord. 'Sponsor' bukannya kasi terus. Habis event, kereta akan dikembalikan," kata netizen yang tidak terperdaya dengan dakwaan palsu Ahli Parlimen Pandan itu.

Di ASEAN SUMMIT Ke-25 yang diadakan di Myanmar tahun lalu, BMW juga tampil selaku penaja kenderaan rasmi bagi event tersebut.



Mengenai gambar-gambar yang dimuat naik oleh Rafizi, sumber dari Kementerian Luar Negara berkata, kereta-kereta itu bukan dibeli oleh kerajaan tetapi merupakan tajaan BMW yang digunakan semasa sidang Menteri-menteri Luar Asean di Kota Kinabalu awal tahun ini. Kereta-kereta tersebut telah dipulangkan kepada syarikat terbabit.

Orang ramai dinasihatkan agar tidak mempercayai dakwaan pemimpin pembangkang itu dan pihak BMW akan mengeluarkan kenyataan dalam masa terdekat.

Pada masa yang sama, beberapa pengguna media sosial menyelar tindakan Rafizi yang menyebarkan fitnah itu telah disekat dari mengikuti laman Twitternya. Sekali gus menunjukkan ahli parlimen Pandan ini tidak gemar ditegur jika dia dikesan melakukan kesilapan. Memohon maaf, jauh sekali.


0 Komentar untuk "APA KES ??? YB Rafizi Ramli Kantoi Isu Kerajaan Beli Kereta Mewah BMW 7 Series ?!"

BORAK-BORAK HENSEM



POST BARU DAN PANAS !!!

- POLITIK FITNAH SEMAKIN MENJADI-JADI ANTARA PAS & UMNO DI MUSIM BANJIR !!! >>> KLIK
- GEMPAR !!! BUNUH DIRI KETIKA BANJIR AKIBAT TERTEKAN !!! >>> KLIK
- PENDEDAHAN !!! BENARKAH INI PESAWAT AIRASIA QZ8501 YANG DIKATAKAN TERHEMPAS ??? >>> KLIK
- KELU !!! TEAM SUKARELAWAN MAKLUMKAN RAMAI YANG TERKORBAN AKIBAT LEMAS !!! >>> KLIK
- SAYA BERMAIN GOLF DENGAN OBAMA DEMI DIPLOMASI NEGARA, NAJIB >>> KLIK


 
Copyright © 2014 Media Yang Hensem - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info