adsense Guru KAFA Menangis Ketika Sidang DUN Selangor Akibat Elaun KAFA Masih Dibawah Golongan Miskin (VIDEO) - Media Yang Hensem
Lazada Malaysia

Guru KAFA Menangis Ketika Sidang DUN Selangor Akibat Elaun KAFA Masih Dibawah Golongan Miskin (VIDEO)



SHAH ALAM: Ketika Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor sedang berlangsung, seorang guru Kelas Fardhu Ain (KAFA) tampil mendesak kerajaan negeri supaya menaikkan elaun daripada RM1,300 kepada RM1,500 seperti yang dijanjikan sebelum ini.

Menurut Ekhsan Bukharee Badarul Hisham, kerajaan Pakatan Rakyat (PR) hanya menabur janji manis kononnya bakal menaikkan elaun terhadap guru KAFA, sebaliknya hanya untuk meraih undi pada Pilihan Raya Umum (PRU13) yang lalu.

Jelasnya, guru KAFA di negeri itu sehingga kini masih berpendapatan di bawah golongan miskin.

"Sudah sekian lama kami ternanti-nanti hasil perbincangan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) agar dinaikkan elaun.

"Mungkin ada yang beranggapan kami sekadar mengajar Alif, Ba, Ta di sekolah, bekerja hanya 5 jam sehari dari jam 7.30 pagi sehingga 12.30 tengah hari untuk sesi pagi dan 1 petang sehingga 6 petang untuk sesi petang sudah cukup dan perlu bersyukur sahaja.

"Sedangkan tugas sebenar kami seperti éngineer'(jurutera) utama setiap sekolah-sekolah agama.

"Saya memohon jasa baik kerajaan negeri Selangor bukan sahaja mempertimbangkan kenaikan elaun kami tetapi melunaskan manifesto PR pada PRU13 dengan kadar segera," katanya yang mewakili 10,000 guru KAFA di seluruh Selangor di sini hari ini.

Difahamkan, isu kenaikan elaun bagi guru KAFA berlanjutan sejak di bawah kepimpinan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sehingga di ambil alih Menteri Besar baharu, Mohamed Azmin Ali.

Dalam perkembangan yang sama, suasana tiba-tiba sayu apabila Ekhsan turut menarik perhatian para media apabila menitiskan air mara kerana tersentuh mengenangkan nasibnya dan rakan guru KAFA yang lain.

Menurutnya, peningkatan kos sara hidup pada masa kini mendesaknya dan rakan yang lain untuk mendapat jaminan kenaikan elaun daripada kerajaan negeri.

Sebelum ini Ekhsan turut memaklumkan kerajaan negeri melalui exco terdahulu juga pernah mengumumkan kenaikan elaun namun sehingga kini tidak dilaksanakan. - http://www.malaysiandigest.com/ 

- mD

TONTON VIDEO :


Tangisan seorang guru KAFA Selangor yang mahu menyerahkan surat Suara Hati mewakili 10,000 Guru KAFA Selangor kepada Kerajaan Negeri tetapi dihalang. Kenaikan kos sara hidup yang semakin meningkat, maka harapan guru-guru KAFA menuntut kenaikan elaun guru dari rm1300 kpd rm1500 seperti yg dijanjikan dlm manifesto Pakatan Rakyat selangor sebelum PRU dahulu.
Posted by Siakap Keli on Wednesday, April 8, 2015
0 Komentar untuk "Guru KAFA Menangis Ketika Sidang DUN Selangor Akibat Elaun KAFA Masih Dibawah Golongan Miskin (VIDEO)"

BORAK-BORAK HENSEM



POST BARU DAN PANAS !!!

- POLITIK FITNAH SEMAKIN MENJADI-JADI ANTARA PAS & UMNO DI MUSIM BANJIR !!! >>> KLIK
- GEMPAR !!! BUNUH DIRI KETIKA BANJIR AKIBAT TERTEKAN !!! >>> KLIK
- PENDEDAHAN !!! BENARKAH INI PESAWAT AIRASIA QZ8501 YANG DIKATAKAN TERHEMPAS ??? >>> KLIK
- KELU !!! TEAM SUKARELAWAN MAKLUMKAN RAMAI YANG TERKORBAN AKIBAT LEMAS !!! >>> KLIK
- SAYA BERMAIN GOLF DENGAN OBAMA DEMI DIPLOMASI NEGARA, NAJIB >>> KLIK


 
Copyright © 2014 Media Yang Hensem - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info