adsense Adakah Kita Cukup Beradab Dengan Ulama' ? - Media Yang Hensem
Lazada Malaysia

Adakah Kita Cukup Beradab Dengan Ulama' ?



Beginilah adab terhadap guru apatah lagi ulama'.

Adab al-Hafiz al-Suyuti bersama gurunya Syeikh Taqiyuddin al-Syumunli al-Hanafi.

Al-Hafiz al-Suyuti menulis di dalam kitab beliau yang berjudul Husnul Muhadharah:

"Dalam bidang Hadith dan bahasa Arab, saya melazimi pengajian guru kami al-Imam al-'Allamah Taqiyuddin al-Syumunli al-Hanafi selama 4 tahun. Syeikh telah menulis kata-kata pujian terhadap karya saya iaitu Syarh Alfiyyah Ibnu Malik dan Jam'ul Jawami' fil 'Arabiyyah. Banyak kali juga beliau memberi kesaksian terhadap kemajuan saya dalam bidang ilmu sama ada melalui ucapan mahupun tulisan.

Pernah sekali al-Syeikh menerima kata-kata saya tanpa soal mengenai hadith. Peristiwa ini terjadi kerana beliau menyebutkan sepotong hadith riwayat Abu al-Jamra mengenai kisah Isra' Mikraj di dalam hasyiah beliau terhadap kitab al-Syifa'. Al-Syeikh menyatakan bahawa hadith berkenaan diriwayatkan oleh Ibnu Majah. Kemudian saya ingin menyebutkan hadith itu beserta sanadnya lalu saya pun mencarinya di dalam Sunan Ibnu Majah. Namun, saya tidak menemui hadith yang dimaksudkan. Saya pun membaca keseluruhan Sunan Ibnu Majah untuk mencari hadith berkenaan, tetapi tetap tidak menemuinya. Saya lalu mentohmah pandangan mata saya sendiri. Sekali lagi saya membaca keseluruhan Sunan Ibnu Majah buat kali kedua dan ketiga, tetapi tetap saya tidak temui hadith yang dimaksudkan.

Setelah sekian lama, akhirnya saya menemui hadith itu di dalam Mu'jam al-Sohabah susunan Ibnu Qani', lantas saya memberitahu al-Syeikh tentang hal itu. Tanpa berlengah dan tanpa soal, beliau terus mengambil kitab hasyiah beliau itu dan memadam perkataan 'Ibnu Majah' dan menggantikannya dengan 'Ibnu Qani'. Apabila melihat tindakan al-Syeikh itu, saya merasa gerun sekali dan tergamam. Lalu saya berkata, "Syeikh boleh ambil masa untuk rujuk semula." Syeikh lantas menjawab, "Tak perlu kerana sebenarnya saya mengikut sahaja apa yang ditulis oleh al-Burhan al-Halabi yang menyatakan bahawa hadith ini diriwayatkan oleh Ibnu Majah."

DFD: Masya-Allah, Masya-Allah.. Beginilah adab ulama' sesama ulama'. Kesabaran al-Hafiz al-Suyuti yang tidak terlalu cepat menghukum gurunya dan adab beliau yang begitu tinggi. Begitu juga dengan sifat tawadhuk guru beliau al-Imam Taqiyuddin al-Syumunli al-Hanafi. Namun, sifat sebegini amat sedikit sekali dalam kalangan kita.

Allahul Musta'an.

Ditulis Oleh Facebook Danial Farhan Dolmat
0 Komentar untuk "Adakah Kita Cukup Beradab Dengan Ulama' ?"

BORAK-BORAK HENSEM



POST BARU DAN PANAS !!!

- POLITIK FITNAH SEMAKIN MENJADI-JADI ANTARA PAS & UMNO DI MUSIM BANJIR !!! >>> KLIK
- GEMPAR !!! BUNUH DIRI KETIKA BANJIR AKIBAT TERTEKAN !!! >>> KLIK
- PENDEDAHAN !!! BENARKAH INI PESAWAT AIRASIA QZ8501 YANG DIKATAKAN TERHEMPAS ??? >>> KLIK
- KELU !!! TEAM SUKARELAWAN MAKLUMKAN RAMAI YANG TERKORBAN AKIBAT LEMAS !!! >>> KLIK
- SAYA BERMAIN GOLF DENGAN OBAMA DEMI DIPLOMASI NEGARA, NAJIB >>> KLIK


 
Copyright © 2014 Media Yang Hensem - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info