adsense Kalaulah Facebook Ditutup - Media Yang Hensem
Lazada Malaysia

Kalaulah Facebook Ditutup


Kalaulah Facebook Dah Takde, Apa Nak Dibuat?

Kalaulah Facebook ditutup, atau mark Zuki tiba-tiba tak bagi orang Malaysia guna Facebook dah, sebagai usahawan internet apa yang ANDA NAK BUAT ?
Meraung !
Sumpah seranah Mark Zuki ?
Cari kerja baru ?
Layan media sosial baru ?

Saya yakin, sudah ramai yang bersetuju jika dikatakan FACEBOOK TUTUP, BISNES BOLEH TERGANGGU!

Mana taknya ramai usahawan internet gunakan Facebook untuk berniaga. Berniaga di page, buat iklan FB Ads, jual di group, niaga di wall sendiri. Lubuk rezeki tu...

Kalau Facebook tutup, mesti ramai berkata :
"ADUYAI! CAMNE AKU NAK NIAGE NI..."
Haha...Rileks, rileks, rileks...

Di sini saya, sifufbads DATANG MEMBANTU! Saya mahu peringatkan anda AWAL-AWAL,
"Jangan terlalu bergantung kepada Facebook! Facebook ni bukan bapak kita yang punya! Bukan kita yang punya! Ini Mark Zuki yang punya! Kalau Mark Zuki nak tutup pun, apa kita boleh buat ? Oleh itu...

Gunakan medium-medium pemasaran internet yang lain juga! Anda boleh guna :
1) EMAIL MARKETING
2) BLOGGING
3) SEO
4) ADWORDS
5) INSTAGRAM
6) FORUM
7) SMS
MACAM-MACAM ADA!

Ya, gunakan medium-medium yang lain juga!
Saya sendiri memang gunakan medium-medium ini sejak 6-7 tahun lalu, sehinggalah kini.

TAPI UNTUK 'KASI STRONG' DALAM DUNIA INTERNET MARKETING INI, SAYA SYORKAN ANDA FOKUS PADA 4 KAEDAH PEMASARAN INTERNET INI :
1) EMAIL MARKETING - Lead Generation! Anda kumpul list/subscribers/followers melalui emel mereka! Gunakan sistem autoresponder untuk dapatkannya, bukannya 'mencilok' emel mereka secara salah. Ini antara yang saya gunakan sejak 2008 hingga kini. Boleh dikatakan, ada dekat 100k leads/list pelbagai niche. Jangan kedekut untuk langgan sistem autoresponder untuk kumpul list! Bagi saya, email marketing masih lagi medium pemasaran internet paling berkesan dari dulu, kini, selamanya. Kenapa saya kata camtu ? Sebab saya sendiri memang seorang pengguna tegar 'email marketing'! Rakan-rakan seperjuangan saya, tok-tok guru saya, juga pengamal 'email marketer'. AIRASIA, PIZZAHUT, SIFUFBADS juga pengguna email marketing.

2) BLOGGING/WEB - Saya lebih prefer blog dari web biasa. Banyak faedah bina blog ini. Ianya akan bantu anda bina followers..Mereka yang suka pada anda, suka bisnes anda. Ramai sahabat-sahabat saya yang memiliki followers yang ramai. Mereka juga mudah membuat duit dari blog mereka. Lebih lama blog itu, lebih bagus, lebih ramai followers nya. (tapi kena rajin update la). Dan sudah pasti, ianya mudah dicari orang. Blog juga membantu anda menguatkan branding/jenama bisnes anda. CUBA TENGOK BLOG USTAZ ZAHARUDDIN...

3) SEO - Bagaimana kita mampu naikkan web/blog kita di kedudukan ranking teratas laman web carian, terutamanya google. Anda dapat ranking teratas, terutamanya NO - 1, anda akan dipanggil THE BIG PLAYER dalam industri yang diceburi. Anda mudah dapat dapat trafik yang ramai secara percuma. Kredibiliti bisnes anda juga akan naik dengan kedudukan teratas di enjin carian ini. Kalau setiap bulan ada 50 ribu orang jumpa web anda di google, dan katakan 1% yang membeli. Peluang untung besar tu!

4) DATABASE - No henpon? emel? alamat? Ya, nilah database prospek/pelanggan yang anda perlu simpan! Contohnya, anda ada no hp prospek, anda boleh blast promosi anda kepada mereka secara serentak. Buka je internet, blast SMS! Kalau ada emel list (kumpul guna autoresponder) pula, katakan ada 100k emel..Sekali hantar emel, 100k orang boleh terima emel anda! Huiyooo...Lumayan!

Itulah 4 yang utama yang saya NASIHATKAN kepada anda yang masih belum membuat persediaan-persediaan PENTING ini.

JANGAN BERGANTUNG SANGAT PADA FACEBOOK, TAPI...ANDA PERLU GUNAKAN FACEBOOK UNTUK JALANKAN KE-EMPAT-EMPAT PEMASARAN INTERNET YANG DISEBUT TADI. SEMENTARA FB MASIH WUJUD NI...gunakan Facebook untuk jalankan keempat-empat kaedah pemasaran internet yang disebutkan :
1) EMAIL MARKETING - Nak kumpul list laju, list dengan kos murah, gunakan la FB! Gunakan page, gunakan FB Ads! Kumpul list! Rekod saya, pernah dapat kos per list 2 - 10 sen. Dan paling tinggi, di FB, 2000 list dalam masa satu hari...Sekarang ni, saya sendiri banyak guna kaedah-kaedah free untuk kumpul list di fb...waktu-waktu tertentu sahaja (contohnya jika ada cabaran affiliate, atau pelancaran produk saya akan kumpul list guna fb ads)

2) BLOGGING - Ada blog tu, post kan link artikel blog ke fanpage. Jika fans tak ramai, buat fb ads! Tarik orang masuk dan baca blog anda. Mula kumpul follower...kalau fans ramai, tak perlu buat fb ads pun takpe. Seminggu boleh try post 1-2 artikel link ke blog...


3) SEO - Pasang le plugin-plugin viral pada blog anda. Mudah tersebar! letakkan button LIKE ke, SHARE ke...FB Comment ke.. Insyallah bantu naikkan web anda di google...Fanpage pun boleh naik ranking di google tau..cuba taip di google - "fb ads"! Anda akan jumpa page Sifu FB Ads.

4) DATABASE - collect database pelanggan/prospek guna FB! Guna page ataupun fb ads! Carilah software/apps yang boleh kumpulkan database no hp pelanggan. Jika nak kumpul emel, gunakan autoresponder! Promotkan guna page post engagement, untuk dapatkan database dengan lebih cepat...

BILA NAK BUAT SEMUA NI?
1) Plan dulu..nak buat mana satu dulu. Database ke, emel ke...
2) Lihat kemampuan. bajet, ilmu kemahiran...takde ilmu pergi cari ilmu..takde bajet, mulakan dengan kaedah zero bajet (buat blog - blogspot). Ada bajet - cari mentor, atau upah orang (upah orang buat web ke..buat SEO ke...)
3) Laksanakan...Buat sampai jadi! buat satu-satu!
4) Teruskan..buat yang lain pula! Buat keempat-empat yang diberitahu tadi..
5) Jaga keempat-empatnya...
begitulah..

KESIMPULAN - Jangan 100% bergantung pada FB! Gunakan juga medium pemasaran internet yang lain. Gunakan FB untuk mencapai keempat-empat - EMAIL MARKETING, BLOGGING, SEO, DATABASE ni.

Ditulis Oleh Facebook Sifu FB Ads
0 Komentar untuk "Kalaulah Facebook Ditutup"

BORAK-BORAK HENSEM



POST BARU DAN PANAS !!!

- POLITIK FITNAH SEMAKIN MENJADI-JADI ANTARA PAS & UMNO DI MUSIM BANJIR !!! >>> KLIK
- GEMPAR !!! BUNUH DIRI KETIKA BANJIR AKIBAT TERTEKAN !!! >>> KLIK
- PENDEDAHAN !!! BENARKAH INI PESAWAT AIRASIA QZ8501 YANG DIKATAKAN TERHEMPAS ??? >>> KLIK
- KELU !!! TEAM SUKARELAWAN MAKLUMKAN RAMAI YANG TERKORBAN AKIBAT LEMAS !!! >>> KLIK
- SAYA BERMAIN GOLF DENGAN OBAMA DEMI DIPLOMASI NEGARA, NAJIB >>> KLIK


 
Copyright © 2014 Media Yang Hensem - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info