adsense PKR dan DAP Tidak Sekata Dengan PAS - Media Yang Hensem
Lazada Malaysia

PKR dan DAP Tidak Sekata Dengan PAS


Resolusi Konvensyen PR 

MENGHORMATI INSTITUSI RAJA RAJA.

Implikasi dari kenyataan PKR dan DAP sebagai reaksi kepada titah arahan Sultan semalam menunjukkan PKR dan DAP telah membelakangkan semangat kerjasama politik dalam Pakatan Rakyat dan kenyataan mereka semalam tidak mewakili suara Pakatan Rakyat. Sebaliknya PAS komited kukuhkan PR dengan memberikan nama calon MB dari PKR sebelum ini. Apakah PKR dan DAP inginkan PR pecah hanya kerana mempertahankan seorang perempuan?

Mana lebih penting antara tiga perkara (kerjasama tiga parti, hubungan baik dengan istana dan kepercayaan rakyat Selangor) atau kedudukan seorang perempuan? Dulu soalan sebegini pernah ditanya oleh mereka yang mahukan TSKI turun. Silakan makan balik paku buah keras itu.

PR harus akur dan memberi nama calon MB dari ketiga-tiga parti, atau setidaknya calonkan nama semua pemimpin PKR lain kalau tetap mahu berkuasa. Jangan bimbang untuk hantar nama lain. Tak mungkin PR sudah ketandusan pimpinan lain selain Wan Azizah. DAP boleh cuba dengan pemimpin melayu mereka. PKR juga boleh calonkan Ketua Umumnya sendiri yang sangat-sangat strategis dan hebat itu.

Parti dalam PR khususnya perlu terus berpegang teguh dengan prinsip mereka. Konvensyen kedua PR 2010 dan juga objektif Buku Jingga jelas untuk melindungi Perlembagaan Persekutuan, Islam sebagai agama rasmi Persekutuan dan melindungi peranan dan kuasa institusi Raja Berperlembagaan.

Ini terma yang kita gariskan sendiri. Kalau kita sendiri yang langgar, apa alasan kita nanti jika peraturan yang kita letak dilanggar oleh rakyat seandainya kita memerintah?

Institusi diraja juga adalah suatu yang amat sensitif dikalangan orang melayu. Melayu menjadi teras politik Malaysia. Cari balah dengan istana bakal mengisytihar perang dengan orang melayu dan PR tidak akan menang PRU sampai bila-bila. Politik perlu matang. Adakala perlu kendur sekejap. Lembu berlawan pun tahu berundur dan berpusing sekejap, bukan hanya sondol sepanjang masa!

Ditulis Oleh Facebook Alang Ibn Shukrimun

=================================================================

0 Komentar untuk "PKR dan DAP Tidak Sekata Dengan PAS"

BORAK-BORAK HENSEM



POST BARU DAN PANAS !!!

- POLITIK FITNAH SEMAKIN MENJADI-JADI ANTARA PAS & UMNO DI MUSIM BANJIR !!! >>> KLIK
- GEMPAR !!! BUNUH DIRI KETIKA BANJIR AKIBAT TERTEKAN !!! >>> KLIK
- PENDEDAHAN !!! BENARKAH INI PESAWAT AIRASIA QZ8501 YANG DIKATAKAN TERHEMPAS ??? >>> KLIK
- KELU !!! TEAM SUKARELAWAN MAKLUMKAN RAMAI YANG TERKORBAN AKIBAT LEMAS !!! >>> KLIK
- SAYA BERMAIN GOLF DENGAN OBAMA DEMI DIPLOMASI NEGARA, NAJIB >>> KLIK


 
Copyright © 2014 Media Yang Hensem - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info