Di sebuah kedai runcit...
"Semua 4 riyal 60 sen, Abe..."
Kita hulur duit RM5. Mek yang jaga kaunter tanya dengan muka masam.
" 60 sen tak dok ko??"
Senario 2
Di sebuah kedai roti..
"9 riyal 70 sen!" Kata cashier.
Kita hulur duit RM50.
"Tak dok pitih nyucur ni! Demo gi tukar pitih dulu kedai sebelah. Pah tu mari bayar!"
Kita pun keluar dari kedai dan tak masuk-masuk semula.
Senario 3
"30 sen kita tak dok pitih nyucur. Kita bagi coklat deh..." kata awek yg jaga kaunter sambil mmetek telepon.
Soalannya...
Ada tak situasi sebegini kita jumpa bila masuk kedai Cina atau kedai Mamak?
Hulurlah pitih harga berapa pun, mereka akan terima dan pulangkan baki tanpa banyak soal.
Ditulis Oleh Facebook Dr.Azman Ibrahim
0 Komentar untuk "Belajar Berniaga Dari China & Mamak"