"Jasa besar" kerajaan haram Mesir pimpinan Jeneral Abdul Fatah As Sisi kepada rakyat Palestin dan isu Gaza :
01) Melarang pimpinan HAMAS menjejakkan kaki ke Mesir, keputusan pertama yang dibuat oleh sang pengkhianat ini pada hari rampasan kuasa 3 Julai 2013.
02) Mengisytiharkan HAMAS sebagai sebuah pertubuhan pengganas dan menutup semua pejabat operasi mereka di seluruh Mesir.
03) Menutup pintu sempadan Rafah sebaik sahaja berlaku rampasan kuasa.
04) Memusnahkan ratusan terowong bawah tanah yang menjadi "talian hayat" para penduduk Gaza.
05) Menutup pintu sempadan Rafah sejak hari pertama serangan Zionis ke atas Gaza dan hanya membukanya kurang 24 jam sebelum menutup kembali.
06) Menyukarkan urusan bantuan kemanusiaan ke Gaza melalui pintu sempadan Rafah.
07) Tidak membenarkan pesawat yang membawa misi kemanusiaan oleh Parti Nahdhah Tunisia mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah yang memaksa ia berpatah balik.
08) Menghulurkan bantuan makanan yang telah tamat tempoh, basi dan penuh serangga kepada penduduk Gaza yang tertera di kotak kotak makanan "Hadiah dari rakyat Mesir".
09) Memfitnah para pejuang HAMAS dan penduduk Gaza sebagai "mengancam keamanan negara Mesir".
10) Sebelum serangan kejam Zionis, media dan pengamal media pro tentera Mesir bersungguh-sungguh mendesak agar Hamas dihapuskan iaitu secara tidak langsung menyokong Zionis bertindak ke atas Gaza. Semasa serangan pula, mereka ini memberikan sokongan kepada Zionis sepertimana ditunjukkan oleh pengarang akhbar "Al Ahram" arus perdana yang menulis "Bersihkan kami dari Hamas wahai Israel!". Apa yang disebut oleh pengacara tv kudeta seperti Lamis Hadidi, Taufiq Ukasyah dan Wael Ibrasyi.
Tiba-tiba ada suara yang ingin menyanjung kerajaan haram Mesir selepas kejayaan gencatan senjata yang lama dipersetujui.
Tiba tiba ada suara ingin kita lupakan kekejaman Bapa Firaun moden bernama As Sisi ini?
Tiba tiba ada suara yang mahu orang yang melaknat As Sisi meminta maaf?
Sepatutnya As Sisi yang perlu memohon maaf kepada ribuan rakyatnya yang dibunuh dan dizalimi.
Ditulis Oleh Facebook Akhukum Abdul Malik
0 Komentar untuk "Jasa Besar Jeneral Fatah As Sisi"