adsense Boikot Israel Suatu Kemestian - Media Yang Hensem
Lazada Malaysia

Boikot Israel Suatu Kemestian


Firman Allah: (maksudnya) “Dan apakah yang menghalang kamu (maka kamu) tidak mahu berperang pada jalan Allah dan (untuk menyelamatkan) orang-orang yang tertindas yang terdiri daripada kaum lelaki, perempuan dan kanak-kanak, iaitu mereka yang selalu (berdoa dengan) berkata: “Wahai Tuhan kami! keluarkanlah kami dari negeri ini, yang penduduknya zalim, dan jadikanlah bagi kami daripada pihakMu seorang pemimpin yang mengawal (keselamatan kami), dan jadikanlah bagi kami dari pihakMu seorang pemimpin yang membela kami (dari ancaman musuh). Orang-orang yang beriman, berperang pada jalan Allah; dan orang-orang yang kafir pula berperang pada jalan taghut (pelampau). Oleh sebab itu, perangilah kamu akan pengikut-pengikut syaitan itu, kerana sesungguhnya tipu daya Syaitan itu adalah lemah”. (Surah al-Nisa, ayat 75-76).

Berdasarkan ini, kata al-Imam al-Jasas (wafat 370H): “Adalah sesuatu yang diketahui umum bahawa telah menjadi iktikad seluruh kaum muslimin; apabila penduduk sesuatu negeri (kaum muslimin) dalam ketakutan dari serangan musuh, dan mereka tidak mampu menghadapinya merasa terancam negeri, nyawa dan kaum mereka, maka ketika itu wajib ke atas seluruh umat untuk keluar mempertahankan kaum muslimin dari serangan musuh. Ini adalah perkara yang tiada khilaf lagi di kalangan umat. Tiada sesiapa pun yang menyatakan harus dibiarkan ditumpahkan darah kaum muslimin” (Abu Bakr al-Jasas, Ahkam al-Quran, 4/312, Beirut: Dar Ihya al-Turath al-`Arabi).

Namun atas kekangan keadaan yang ada umat Islam tidak mampu melakukan tugasan ini. Bahkan ramai para pemimpin umat Islam yang tunduk kepada kehendak Amerika, lalu mereka menjadi pelindung secara langsung atau tidak langsung kepada Israel. Lihat sahaja Mesir yang sanggup menutup sempadannya sehingga bantuan makanan dan ubatan tidak dapat sampai kepada rakyat Palestin.

Kita umat Islam menjadi umat yang tidak terdaya. Bukan sahaja bertindak, bahkan bersuara pun ramai yang takut. Tidak ramai pemimpin seperti Tun Mahathir Mohamad yang lantang dan berani untuk mengkritik dan berusaha membantah Amerika dan Israel. Dunia begitu lemah dan memalukan.

Pun begitu umat yang sedar hendaklah membuat sesuatu tanda hasrat membela mereka yang ditindas. Oleh kerana ekonomi adalah kekuatan sesebuah negara maka memboikot barangan ataupun produk yang menyumbang kepada ekonomi negara berkenaan antara perkara yang boleh dibuat oleh kita. Sekurang-kurang jika pun tidak berperang membela mereka, janganlah pula kita membantu Israel. Kadang-kala boikot ekonomi lebih daksyat kesannya kepada sesebuah negara dari peperangan. Hari ini Israel merasai kesan pemboikotan ini.

Ketika seluruh dunia terutama di negara bukan muslim memboikot dan membantah Israel tanda kemanusiaan itu masih hidup maka jangan kita pula yang ketinggalan membantah dan memboikot Israel.

Janganlah dipeduli kelompok madkhaliah yang menggunakan nama agama untuk menyindir dan mencerca mereka yang membantah Israel dengan pelbagai hujah songsang kononnya memboikot dan membantah terbuka (demo) bukan cara Nabi s.a.w. Mereka ini gagal melihat teks dan konteks. Jika itu yang menjadi hujah mereka, kita katakan kepada mereka bahawa masuk jadi ulama muda parti politik juga tidak dibuat oleh Nabi s.a.w dan para sahabat. Maka kita hendaklah melihat dan memahami perubahan zaman dan perubahan pendekatan

Oleh : Dr.Maza

=====================================================================

0 Komentar untuk "Boikot Israel Suatu Kemestian"

BORAK-BORAK HENSEM



POST BARU DAN PANAS !!!

- POLITIK FITNAH SEMAKIN MENJADI-JADI ANTARA PAS & UMNO DI MUSIM BANJIR !!! >>> KLIK
- GEMPAR !!! BUNUH DIRI KETIKA BANJIR AKIBAT TERTEKAN !!! >>> KLIK
- PENDEDAHAN !!! BENARKAH INI PESAWAT AIRASIA QZ8501 YANG DIKATAKAN TERHEMPAS ??? >>> KLIK
- KELU !!! TEAM SUKARELAWAN MAKLUMKAN RAMAI YANG TERKORBAN AKIBAT LEMAS !!! >>> KLIK
- SAYA BERMAIN GOLF DENGAN OBAMA DEMI DIPLOMASI NEGARA, NAJIB >>> KLIK


 
Copyright © 2014 Media Yang Hensem - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info