Seekor burung yang kecil mengajar kita erti dan amalan tawakkal.
Keluar dipagi hari untuk mencari rezeki dengan perut dan tembolok yang
kosong, berkicauan berzikir kepada Allah, meninggalkan telur dan
anak-anak tanpa penjaga, sebuah sarang tanpa pintu dan grill, tanpa bumbung untuk berteduh terdedah kepada bahaya dan pemangsa.
Pulangnya diwaktu petang dengan perut yang terisi makanan serta dibawa pulang makanan untuk anak-anak yang sedang menunggu.
Tawakkal dan berusaha. Orang yang bertawakkal tanpa berusaha
seolah-olah dia nak mengajar Allah supaya tetap wajib memberinya rezeki
walau tiada setitik peluhnya yang mengalir untuk berusaha.
Orang yang berusaha tanpa bertawakkal seolah-olah dia bukan hamba Allah.
Tiada tempat pergantungan dan berserah diri. Hidup hanya dengan kudrat
tulang empat kerat sahaja.
Oleh Facebook : DrAzman Ibrahim
0 Komentar untuk "Erti Tawakkal Dari Seekor Burung"