Ingin meniaga, wajib ada duit. Jika duit tak banyak,kita tiada pilihan lain,terpaksa berusaha lebih dari orang yang sedia ada modal yang besar.
Tetapi apa yang saya lihat dan peratikan, termasuklah diri saya sendiri, berusaha sedikit, bangun tido lewat. Orang yang ada modal besar dan jenuh berpeluh bekerja kita yang modal seringgit dua baru menguap n menggeliat.
Jika dalam otak korang nak berjaya dan perolehi duit yang banyak,nak atau tak nak,korang terpaksa rela ubah mentaliti dan sikap korang ,berniaga betul-betul.Bukannya duit dah banyak baru korang nak berniaga bersungguh-sungguh. Duit takkan banyak kalau korang sambil lewa berniaga.
Tambahan
Sepanjang saya perhatikan,saya lihat bangsa saya cukup berminat dengan 4D ( DUDUK DIAM DAPAT DUIT),senang nak perangkap mereka yang memang kaki 4D nie..buat ayat killer maut ayam serama (abam ensem join baru 5 hari dah dapat buat pendapatan 15 angka..WOW..korang pun boleh...berminat sila komen PM dan saya akan ajar zero to hero) lepas tue letak gambar duit bersusun atas meja dan letak gambar kete mewah.maka berduyun2 la mesej,tak sampai 5 minit dh 400 komen diterima...lepas join kena tipu,mula la meroyan tak tentu hala,siap cakap lagi..aku sumpah datang la program apa lagi..aku xkan join..hmmm..tup3 4,5 bulan jumpa balik program serupa cuma nama lain terus join..siap cakap lagi..ala modal 4 hinggit je..dapat sejuta kot..kena tipu pn lantak la..maka bertambah kaya la si penipu menipu orang yang sama berkali-kali...sikap tidak putus asa nie jika diterapkan dalam ilmu bisnes rasanya ramai bangsa kita jadi usahawan yang berjaya.
Daripada Facebook Pahlawan Merah
0 Komentar untuk "Nak Berniaga Tapi Fikir Cepat Untung?"